PROF. DR. SHAHIMI MOHTAR DILANTIK TNC (A&A) BARU UUM

Image

ALOR SETAR: Bekas provos Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UUMKL), Profesor Dr Shahimi Mohtar dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Utara Malaysia (UUM) baharu berkuat kuasa semalam bagi tempoh tiga tahun.

UUM dalam kenyataannya, berkata lantikan itu bagi menggantikan Profesor Dr Yusnidah Ibrahim yang tamat tempoh jawatan berkenaan.

Katanya, Shahimi sudah berkhidmat di UUM selama 25 tahun di pelbagai peringkat pengurusan, akademik dan penyelidikan, malah pernah menerima anugerah 'The Best Professor Award In Logistic Management' dari The Golden Tigers Award dan 'The Best Officer Leader' dari UUM.

"Shahimi adalah profesor dalam bidang Pengurusan Operasi dan Logistik berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah Pentadbiran Perniagaan (DBA) dari University of South Australia.

"Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Ohio University, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Mekanikal dari University of Nevada, Reno, Amerika Syarikat," kata kenyataan itu.

UUM berharap dengan pelantikan Shahimi yang pernah menjadi Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) dari 2015 hingga 2017 itu akan memberi nilai tambah kepada universiti ke arah mencapai matlamat strategik universiti untuk menjadi universiti pengurusan terkemuka.

Kredit: BH, 2 Disember 2020