SALAM PERPISAHAN PROF. DR. YUSNIDAH IBRAHIM

Image

Jabatan Hal Ehwal Akademik mengadakan majlis penghargaan dan terima kasih kepada bekas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Yusnidah Ibrahim.

Prof Dr Yusnidah atau lebih dikenali sebagai Prof Yus memegang jawatan TNCA selama tiga tahun sejak Oktober 2017 hingga November 2020.

Majlis yang sedikit sayu dan sedih semalam itu turut dihadiri TNCA baharu, Prof Dr Shahimi Mohtar dan Pengarah HEA, Azian Nafiah.

Serentak majlis itu juga diadakan majlis perpisahan dengan beberapa kakitangan HEA yang berpindah ke jabatan lain, selain majlis sambutan ulang tahun kelahiran staf.