HIJAUKAN HEA DENGAN POHON HERBA, SAYURAN

Sekali lagi hari ini, Jabatan Hal Ehwal Akademik bergotong-royong menambah pokok-pokok herba dan sayuran.

Pokok betik, daun selasih dan beberapa pokok lagi sumbangan staf HEA turut ditambah di Taman Herba dan Sayuran HEA yang diwujudkan sejak 17 September lalu.

Kini, taman ini sudah mempunyai pokok cili, daun selom, daun kari, lengkuas, pandan, bawang, bayam brazil, kunyit, halia, serai makan, serai wangi, pokok bangun-bangun atau kapur barus, tomato dan limau.

"Saya nak lihat tangan saya boleh menyuburkan pokok atau tidak kerana berbudi pada tanah akan dibalas sebaiknya," kata Dr Mohd Rizam Md. Ladin

 

Image