W3C | Feedback | Site Map | FAQs | Support   redgreenblue  Facebook Youtube Twitter 

UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berjaya  memenangi Anugerah CIPTA anjuran Kementerian Sains ,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui program Anugerah Inovasi Negara (AIN) 2012 bersempena Persidangan dan Pameran Inovasi Kebangsaan (NICE-National Innovation Conference and Exhibition) 2012, World Innovation Forum Kuala Lumpur, BioMalaysia dan Nano Malaysia Summit yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre pada 5 hingga 7 November 2012.

Dengan kejayaan ini, dua pelajar College of Business (UUM COB) iaitu Brian Law Chi Sin dan Darren Lee Boo Lye  telah berjaya membawa pulang hadiah berupa  wang tunai sebanyak RM15 ribu beserta piala dan sijil. Kemenangan ini diperolehi hasil rekacipta yang bertajuk ?coin management system ?.

Anugerah CIPTA bagi kategori universiti merupakan satu program yang dipanggil Makeweekend diperkenalkan untuk mencari minda muda yang terbaik  dan inovatif dan bercirikan keusahawanan di Malaysia dimana pasukan belia bersaing untuk membina prototaip produk yang paling inovatif, perkhidmatan, atau inisiatif sosial.

Naib Canselor UUM, Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak semasa diminta mengulas kejayaan ini  berkata, UUM amat berbangga dengan pencapaian ini dan memerlukan ramai lagi mahasiswa untuk menghasilkan idea dan inovasi seperti ini.

?Kita memerlukan ramai lagi mahasiswa untuk menghasilkan idea dan inovasi seperti ini dan menjadi juara dalam apa jua pertandingan.

?Ini kerana kita yakin hasilnya nanti memberi kesan dan faedah yang baik untuk negara dan sekali gus dapat mengangkat martabat UUM di persada nasional dan antarabangsa,? katanya.

Tambah beliau, kejayaan ini amat penting bagi UUM kerana melalui pencapaian ini, maka kita akan dapat membuktikan kepada pihak luar bahawa mahasiswa UUM sentiasa gigih berusaha menjana idea dan kreativiti untuk menghasilkan produk yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.

?Kita perlu membina semangat inovasi dalam setiap lapisan masyarakat, bermula dengan generasi muda khususnya mahasiswa untuk menjana ilmu bagi menggerakkan transformasi negara, dan ini amat  penting selaras dengan usaha untuk mempastikan negara ini terus meningkat maju pada masa depan,? tambah beliau lagi.

Katanya lagi, UUM sentiasa memberi sokongan kepada semua mahasiswa untuk menghasilkan penciptaan produk?produk terbaru melalui penyelidikan yang dilaksanakan bersama tenaga akademik Universiti. Usaha ini adalah selari dengan matlamat UUM untuk mencapai status Universiti Penyelidikan dalam bidang Sains Sosial menjelang tahun 2013 seperti sasaran yang ditetapkan oleh Universiti ini.

Quick Link

international intake-new academic guide-new

Visitor