W3C | Feedback | Site Map | FAQs | Support   redgreenblue  Facebook Youtube Twitter 

Seramai 200 orang pelajar daripada SMK Sik  dan SMK Bandar Baru Sintok telah menyertai Bengkel Skor ?A? Bahasa Melayu yang dianjurkan di bawah program Sekolah Kluster Kecemerlangan Jalinan bersama Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 13 April 2013 (Sabtu).

skora

Bengkel ini diadakan bagi mendedahkan para pelajar mengenai teknik menjawab kertas soalan dan penggunaan Bahasa Melayu dengan betul kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM tidak lama lagi. Selain itu, pelajar juga diberi suntikan motivasi daripada Prof. Madya Dr. Nuraini Yusoff mengenai ?Pemantapan Jenama Diri, apakah tindakan anda??

Program ini telah melibatkan seramai 45 orang fasilitator daripada pelajar program siswazah pendidikan  dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Akademik dan MPP Universiti Utara Malaysia sebagai urus setia.

Sekian.

-TAMAT-