W3C | Feedback | Site Map | FAQs | Support   redgreenblue  Facebook Youtube Twitter 

Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1437H, Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Hal Ehwal Akademik dan CIAC (KKRJHEA & CIAC) telah menganjurkan program ceramah pada 7 Januari 2016 bersamaan 26 Rabiu?Awal 1437H disampaikan oleh Ustaz Ahmad Firdaus Ahmat iaitu Pegawai dari Pusat Islam, UUM.

 ceramah2016

 Majlis ceramah tersebut diadakan di Auditorium Perpustakaan Sultanah Bahiyah dengan tajuk ??Menelusuri Kehidupan dan Sunnah Rasulullah:  Kerja Sebagai Ibadah??.

 Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk berkongsi maklumat tentang sejarah Rasulullah dan sifat Rasulullah yang telah diangkat sebagai idola umat Islam.

Majlis dihadiri oleh warga kampus UUM dan menerima sambutan mengalakkan seramai lebih 150  orang hadirin. Ceramah bermula jam 11.15 pagi dan berakhir pada jam 12.45 tengah hari.