PERATURAN PEPERIKSAAN

TUGAS CALON SEBELUM PEPERIKSAAN
  1. Calon mesti mengambil perhatian yang teliti tentang jadual waktu peperiksaan supaya calon tidak akan membuat kesilapan berkenaan masa dan tempat untuk kursus-kursus yang didaftar. Calon dinasihatkan supaya selalu melihat papan kenyataan jikalau terdapat sebarang pindaan kepada jadual waktu peperiksaan. Pindaan seperti itu, jika ada, akan dicetak di atas Kertas ‘PENGUMUMAN JABATAN HAL EHWAL AKADEMIK’ dan dipaparkan di atas semua papan kenyataan Universiti. Kesilapan di dalam membaca jadual waktu tidak sekali-kali diterima sebagai alasan untuk gagal menghadiri peperiksaan.

  2. Calon mesti tiba tepat pada waktu yang ditetapkan. Perlanjutan masa tidak akan dibenarkan bagi seseorang calon di dalam apa keadaan sekalipun. Semua calon dikehendaki membawa bersama mereka kad pengenalan, slip peperiksaan dan kad matrik masing-masing. Kebenaran memasuki dewan dan menduduki peperiksaan hanyalah dengan slip peperiksaan. Calon yang tidak mempunyai kad pengenalan akan dikehendaki menyakinkan Ketua Pengawas atau Pengawas yang bertugas berkenaan dengan pengenalan diri mereka.

  3. Buku, kertas, dokumen atau gambar, kecuali benda-benda yang disahkan oleh pemeriksa, tidak boleh dibawa masuk atau keluar oleh seseorang calon dari Dewan Peperiksaan. Semasa berada di tempat peperiksaan, seseorang calon boleh menerima daripada pengawas, buku, kertas, dokumen, gambar atau sebarang benda yang telah disahkan.

  4. Calon dibenarkan membawa alat-alat seperti kotak atau beg pensil yang mengandungi pen, pensil, pembaris dan mesin kira sahaja ke dalam Dewan Peperiksaan.

  5. Tidak seorang calonpun dibenarkan masuk ke Dewan Peperiksaan sehingga Ketua Pengawas atau Pengawas yang bertugas memberi isyarat untuk berbuat demikian. Biasanya calon dibenarkan masuk lima belas (15) minit sebelum peperiksaan dijalankan. Tidak seorang calonpun dibenarkan masuk ke Dewan Peperiksaan lewat daripada setengah (1/2) jam peperiksaan dijalankan.

    Peringatan:
    Calon yang dihalang dari mengambil peperiksaan akan diberikan gred ‘X’ dengan matagred 0.0.

  6. Calon hendaklah duduk mengikut nombor meja seperti di dalam slip peperiksaan di Dewan Peperiksaan mengikut kursus yang ditetapkan. Sebelum bermulanya sesuatu peperiksaan, calon adalah dinasihatkan melihat pelan tempat di mana kursus yang terlibat dengan nama calon dipaparkan di papan kenyataan di luar Dewan Peperiksaan 1 jam sebelum peperiksaan bermula. Calon adalah diminta mengambil tempat duduk dengan senyap dan teratur.
TUGAS CALON SEMASA PEPERIKSAAN
TUGAS CALON YANG TIDAK DAPAT MENGAMBIL PEPERIKSAAN
PERINGATAN UNTUK CALON

*  Kecurangan Akademik: Kecurangan Akademik meliputi tindakan-tindakan pelajar  yang melanggar mana-mana Peraturan Peperiksaan dan melakukan plagiat bagi kertas projek, latihan ilmiah atau lain-lain tugasan dan kursus.

Connect with us

Academic Affairs Department,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

  • dummy+604 928 3303

  • dummy+604 928 3305

  • dummy hea@uum.edu.my

Graduate Studies and International Unit

  • dummy+604 928 3308(Mr. Abd. Rahman Mohd. Isa)

© HAKCIPTA TERPELIHARA HEA UUM 2018

Search