BENGKEL MBOT PERMULAAN BAHARU UNTUK PROGRAM BERBENTUK TEKNOLOGI

mbot.png

UJKA, HEA ONLINE: Satu Bengkel Lembaga Teknologi Malaysia telah diadakan pada hari khamis, 29 Mac 2018 bertempat di Bilk Mesyuarat Jabatan Hal Ehwal Akademik anjuran Unit Jaminan Kualiti Akademik, Jabatan Hal Ehwal Akademik.

Bengkel ini dihadiri oleh 36 orang peserta terdiri dari enam (6) buah Pusat Pengajian iaitu Pusat Pengajian Pengkomputeran, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Pusat Pengajian Sains Kuantitatif, Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik.

Matlamat bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan tentang peralihan proses akreditasi program teknologi dan teknikal yang sebelum ini dinilai oleh Agensi Kelayakan Malaysia kepada Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT). Perkongsian mengenai MBOT ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Rusllim bin Mohamaed daripada Universiti Malaysia Pahang yang juga merupakan professional technologist yang diiktiraf oleh MBOT, satu badan professional yang berkaitan teknologi.

Tambahan, bengkel ini juga memberi pendedahan kepada staf akademik universiti yang berkelayakan untuk memohon menjadi profesional technologist dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh MBOT.

Connect with us

Academic Affairs Department,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

  • dummy+604 928 3303

  • dummy+604 928 3305

  • dummy hea@uum.edu.my

Graduate Studies and International Unit

  • dummy+604 928 3308(Mr. Abd. Rahman Mohd. Isa)

© HAKCIPTA TERPELIHARA HEA UUM 2018

Search