LAWATAN SMA AL-AZHAR PLUS

al-azhar-full1.jpg

HEA ONLINE: Sintok, Jabatan Hal Ehwal Akademik telah menerima kunjungan daripada Sekolah Menengah Atas Al-Azhar Plus, Medan pada 19 Disember 2017 yang lalu. Lawatan ini disertai oleh Drs. Binawan Setia, ST, M.Si, Pengetua sekolah serta diiringi oleh 6 orang guru dan 93 orang pelajar. Menurut beliau, tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkaitan dengan program-program pangajian di UUM selain melihat sendiri keindahan dan kehijauan UUM seperti yang digambarkan oleh alumni sekolah tersebut yang menyambung pengajian di UUM.

Taklimat berkaitan dengan syarat kemasukan disampaikan oleh En. Shahidan bin Shafie, Ketua Penolong Pengarah di Jabatan Hal Ehwal Akademik. Setelah mendapatkan maklumat-maklumat yang diberikan, pihak sekolah menyatakan hasrat dan harapan untuk menghantar lebih ramai pelajar mereka mengikuti pengajian di UUM di masa akan datang.

Connect with us

Academic Affairs Department,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

  • dummy+604 928 3303

  • dummy+604 928 3305

  • dummy hea@uum.edu.my

Admission, Record and Promotion Unit

  • dummy+604 928 3309(Mr. Shahidan Shafie)

Graduate Studies and International Unit

  • dummy+604 928 3308(Mr. Abd. Rahman Mohd. Isa)

© HAKCIPTA TERPELIHARA HEA UUM 2018

Search