KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA 2018 "JOM MASUK U"

Image
KPTN NEGARA 2018 MELABUHKAN TIRAI - UUM SERTAI 16 DESTINASI KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA (KPTN) 2018
 
 
HEA ONLINE: Karnival Pengajian Tinggi Negara 2018 "Jom Masuk U" yang bermula 27 Januari lalu dan berakhir semalam (08 April) telah membuka peluang bukan sahaja kepada pelajar malah ibu bapa dan guru untuk mengetahui maklumat mengenai Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Majlis perasmian peringkat kebangsaan diadakan di Melaka pada 03 March 2018 dan disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi iaitu YB Dato’ Seri Haji Idris Bin Jusoh.
 
Menurut beliau, untuk kali pertamanya KPTN 2018 ini merangkumi 16 buah destinasi dimulai dengan Tawau & Miri, Melaka (Perasmian), Kedah & Perlis, Johor, Pahang, Pulau Pinang & Kelantan, Terengganu & Negeri Sembilan, Kota Kinabalu & Labuan, Shah Alam dan Perak & Sarawak (Penutup bersama).
 
Karnival ini merupakan SIGNATURE PROGRAMME KPT yang bertujuan untuk mempromosi dan menyebarluas maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), IPTS, dan institusi lain kepada pengunjung karnival yang terdiri daripada pelajar sekolah, guru, ibubapa serta masyarakat setempat.
 
Bagi zon Kedah, UUM telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan KPTN 2018 pada 10 – 11 Feb 2018 bertempat di Padang Kawad Palapes UUM. Karnival dua hari ini telah disertai oleh 139 agensi terdiri daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam, Institusi Pengajian Tinggi Swasta, agensi di bawah kementerian-kementerian dan agensi pembiayaan pendidikan.
 
Karnival ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua pengunjung yang hadir dan rata-rata daripada mereka menyatakan hasrat bahawa karnival ini patut diteruskan dan dikekalkan demi kebaikan bersama di masa akan datang.
 
Ismail Harun, 58 dari Jitra yang mengunjungi karnival bersama keluarga pula berpendapat, penganjuran seperti ini perlu diadakan secara lebih kerap untuk memberi motivasi kepada generasi muda untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Setiap ibu bapa mengimpikan anak-anak mereka berjaya melanjutkan pengajian ke universiti, dan karnival seperti ini adalah tempat yang sesuai untuk menerima pendedahan, ujar beliau.
 
Sekian.
 
 

Connect with us

Academic Affairs Department,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

  • dummy+604 928 3303

  • dummy+604 928 3305

  • dummy hea@uum.edu.my

Admission, Record and Promotion Unit

  • dummy+604 928 3309(Mr. Shahidan Shafie)

Graduate Studies and International Unit

  • dummy+604 928 3308(Mr. Abd. Rahman Mohd. Isa)

© HAKCIPTA TERPELIHARA HEA UUM 2018

Search