JOM MASUK IPT 2019: UUM SERTAI 6 ZON SIRI JELAJAH KARNIVAL JOM MASUK IPT

Image

Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2019 (KPTN) atau Karnival Jom Masuk IPT kembali menemui pelajar-pelajar di 6 lokasi di seluruh Malaysia. Karnival Jom Masuk IPT ini telah memasuki edisi ke 15 dan diadakan di beberapa negeri dan zon (Selatan, Sabah, Utara,Timur, Sarawak dan Tengah) di seluruh Malaysia bermula dari awal hingga hujung bulan Mac 2019. Majlis Perasmian Karnival Jom Masuk IPT ini telah dirasmikan oleh YB Dr. Maszlee Bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia di kampus UTHM Batu Pahat, Johor Darul Ta’zim pada 03 Mac 2019.

Program karnival ini adalah anjuran Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) dan bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai yang bercadang IPT dan Politeknik tahun 2019. Pelajar boleh mendapatkan maklumat terperinci berkaitan program pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), Kolej Komuniti, Politeknik dan ILKA semasa karnival. 

Pelajar-pelajar terutama yang ingin melanjutkan pengajian tinggi mereka adalah disarankan untuk hadir ke Karnival KPTN ini. Pelajar boleh berjumpa terus dengan wakil-wakil dari universiti dan kolej semasa pameran untuk mendapatkan maklumat melanjutkan pengajian, pembiayaan pendidikan dan syarat-syarat kelayakan yang diperlukan. Di antara manfaat buat mereka yang hadir ke karnival Jom Masuk IPT ini adalah seperti berikut :-

  1. Mendapatkan maklumat mengenai institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini termasuk pelbagai program yang ditawarkan
  2. Mendapatkan maklumat jelas berhubung peluang melanjutkan pengajian di IPT termasuk program ditawarkan mengikut kesesuaian kelayakan akademik seseorang pelajar.
  3. Memberi idea dalam melanjutkan pengajian tinggi dan halatuju pengajian seterusnya
  4. Memudahkan pelajar untuk membuat keputusan yang tepat dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kelak.
  5. Mendapat nasihat pemilihan program pengajian dari wakil IPT
  6. Memperolehi maklumat lanjut berkaitan pilihan program pengajian yang diminati
  7. Membuat perbandingan di antara satu institusi dengan institusi pengajian tinggi yang lain.

Menurut pelajar SMK Bandaraya Kota Kinabalu Nadhrah Izzati berkata, makumat yang diperolehi di karnival seperti ini dapat membuka minda dan membantu pelajar di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak menentukan hala tuju dalam mengikuti bidang pengajian yang akan dipilih oleh beliau serta rakan-rakan nanti.

Selain itu, Puan Soubakeavathi Rethinasamy yang mana anaknya baru sahaja menamatkan Pengajian Asasi Pengurusan di UUM dan kini telah menyambung pengajian dalam bidang Undang-undang di Pusat Pengajian Undang-undang COLGIS berkata beliau amat berpuashati dengan kemudahan asas dan struktur pengajian yang disediakan oleh UUM serta persekitaran yang tenang dan menghijau yang menarik minat anaknya untuk belajar di UUM.

Majlis Penutup Karnival Jom Masuk IPT 2019 ini telah di rasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan iaitu YB Puan Teo Nie Ching yang diadakan di MAEPS Serdang, Selangor yang mana tuan rumah untuk majlis penutup ialah Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM).

Connect with us

Academic Affairs Department,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Staff Directory

Graduate Studies and International Unit

  • dummy+604 928 3308  dummy+604 928 3306  dummy ups@uum.edu.my

© HAKCIPTA TERPELIHARA HEA UUM 2019

Search