UUM SERTAI PROGRAM KARNIVAL PENDIDIKAN DAN KERJAYA DI KOLEJ MATRIKULASI LABUAN, KONGSI PENGALAMAN & MAKLUMAT PENDIDIKAN KEPADA WARGA KML

Image

Labuan, 18 Januari 2020 – Bahagian Kemasukan, Rekod dan Promosi, Jabatan Hal Ehwal Akademik dan Pusat Pengajian TISSA UUM telah menyertai Program Karnival Pendidikan dan Kerjaya Kolej Matrikulasi Labuan (KML). Menurut Dr Mudzamir Bin Mohamed (Timbalan Dekan TISSA UUM), program turun padang seumpama ini bertujuan mendekatkan lagi warga IPTA dan IPTS dengan adik-adik yang kini sedang belajar di KML. Disamping itu, program ini dapat memberi maklumat yang tepat tentang kemasukan ke UA melalui sistem UPU nanti. Tambahannya, program sebegini perlu diteruskan lagi kerana ia dapat memberi info dan pendedahan dalam pemerkasaan aspek pendidikan buat mereka yang agak jauh daripada semenanjung dan pembangunan negara Malaysia.

Taklimat berkaitan dengan syarat kemasukan program Perakaunan disampaikan oleh Dr Mudzamir Bin Mohamed Timbalan Dekan TISSA UUM dan majlis persamian disempurnakan oleh En. Masah (Ketua Jabatan) Kolej Matrikulasi Labuan bagi mewakili tuan Pengarah KML.

Connect with us

Academic Affairs Department,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Staff Directory

Graduate Studies and International Unit

  • dummy+604 928 3308  dummy+604 928 3306  dummy ups@uum.edu.my

© HAKCIPTA TERPELIHARA HEA UUM 2020

Search