CERAMAH INTEGRITI :
PENTINGNYA BUDAYA INTEGRITI DALAM PERKHIDMATAN

Image

SINTOK, 30 JAN 2020: Warga Jabatan Hal Ehwal Akademik UUM pagi ini disampaikan ceramah khas mengenai integriti dalam kerja oleh Ketua Unit Integriti UUM, Muzamil Mahmud.

Dengan tajuk 'Pentingnya Budaya Integriti Dalam Perkhidmatan Universiti', Muzamil memulakan bicara integriti dengan mengajak semua staf akademik merenung integriti diri sendiri.

"Adakah kita bekerja mencukupi 100 peratus di antara jam 8 pagi hingga 5 petang setiap hari, atau hanya tinggal sekitar kurang 50 peratus.

"Berapa masa kita ambil untuk minum pagi dan makan tengahari selain waktu yang dibenarkan?," tanya beliau.

Muzamil turut mengingatkan mengenai pematuhan kepada segala peraturan yang dibuat sendiri oleh jabatan.

"Jika peraturan sudah dibuat, jangan lagi ada pengecualian kerana orang ramai akan mempertikaikan. Dan segala peraturan lama yang sudah tidak terpakai, seharusnya dipinda semula," katanya.

Mengenai penggunaan media sosial bagi kakitangan awam, beliau berkata pihaknya akan mengeluarkan garis panduan khas untuk mengelak perkara negatif kepada nama baik universiti.

Tamat.

Connect with us

Academic Affairs Department,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Staff Directory

Graduate Studies and International Unit

  • dummy+604 928 3308  dummy+604 928 3306  dummy ups@uum.edu.my

© HAKCIPTA TERPELIHARA HEA UUM 2020

Search