KARNIVAL JOM MASUK IPT 2020 – ZON 1 (JOHOR BAHRU)

Image

Karnival Jom Masuk IPT 2020 bagi Zon 1 (Johor Bahru) telah berlangsung selama dua hari bermula 15 hingga 16 Februari 2020 bertempat di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru. Dianggarkan hampir 35,000 ribu orang peserta daripada pelbagai latar belakang, kelulusan dan pendidikan telah menghadiri karnival ini.

Program yang bertujuan menyebar luas maklumat berkaitan kepelbagaian jurusan, kemudahan infrastruktur, kerjaya masa hadapan, dan peluang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajjan Tinggi di negara ini, telah disertai oleh kesemua Universiti Awam (UA) dan pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dari seluruh negara. Setiap tetamu yang hadir, khasnya calon-calon yang sedang menunggu keputusan SPM, STPM, Matrikulasi, STAM dan Diploma, serta para ibu bapa dan para guru terlibat, telah berpeluang mendapatkan maklumat secara terus dari pempamer-pempamer universiti yang mahir tentang keperluan dan syarat kemasukan ke universiti awam dan swasta di negara ini.

Jabatan Hal Ehwal Akademik yang mewakili Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak ketinggalan, telah mempromosikan program Asasi UUM, kepelbagaian program ijazah lanjutan (sarjana dan PhD), program-program akademik di bawah kendalian PACE, serta 43 program sarjana muda, termasuk dua program sarjana muda dwimajor terkini yang bakal ditawarkan mulai ambilan September 2020, oleh Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah iaitu program Sarjana Muda Sastera Linguistik dan Teknologi Maklumat (BA LIT), dan Sarjana Muda Sastera Kesusasteraan Kontemporari dan Pengurusan Industri Kreatif (BA CLCIM).

Karnival Jom Masuk IPT 2020 bermula dengan ucapan aluan oleh YBhg. Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia, selaku tuan rumah Karnival zon 1 (Johor Bahru), sebelum dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, yang turut melancarkan “Way Forward For Private Higher Education Institutions : Education As An Industry (2020-2025)”.

Untuk edisi 2020, UUM telah dipilih menjadi tuan rumah bagi Karnival Jom Masuk IPT 2020 zon utara (zon ke-3), yang akan diadakan pada 29 Februari hingga 1 Mac 2020 (Sabtu dan Ahad) bertempat di Taman Tasik Darul Aman, Jitra.  Karnival Jom Masuk IPT bagi tahun 2020 akan berakhir di zon ke-8 iaitu pada 28-29 Mac 2020, di MEPS Serdang, dengan Universiti Malaya sebagai tuan rumah.

Connect with us

Academic Affairs Department,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Staff Directory

Graduate Studies and International Unit

  • dummy+604 928 3308  dummy+604 928 3306  dummy ups@uum.edu.my

© HAKCIPTA TERPELIHARA HEA UUM 2020

Search