KARNIVAL JOM MASUK IPT 2020 – ZON 2 (PAHANG)

KARNIVAL JMIPT 2020 ZON 2 Pahang 

Karnival Jom Masuk IPT 2020 bagi Zon 2 (Pahang) telah berlangsung pada 22 hingga 23 Februari 2020 bertempat di Kompleks Sukan, Kampus UMP Gambang, Kuantan. Program ini dirasmikan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah, yang juga merupakan Tengku Mahkota Pahang.

Dianggarkan hampir 20,000 ribu orang peserta daripada pelbagai latar belakang, kelulusan dan pendidikan telah menghadiri karnival ini.

Karnival Jom Masuk IPT yang bertujuan menyebar luas maklumat berkaitan kepelbagaian jurusan, kemudahan infrastruktur, kerjaya masa hadapan, dan peluang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajjan Tinggi di negara ini, telah disertai oleh kesemua Universiti Awam (UA) dan pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dari seluruh negara.

Setiap tetamu yang hadir, khasnya calon-calon yang sedang menunggu keputusan SPM, STPM, Matrikulasi, STAM dan Diploma, serta para ibu bapa dan para guru terlibat, telah berpeluang mendapatkan maklumat secara terus dari pempamer-pempamer universiti yang mahir tentang keperluan dan syarat kemasukan ke universiti awam dan swasta di negara ini.

Jabatan Hal Ehwal Akademik yang mewakili Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak ketinggalan, telah mempromosikan program Asasi UUM, kepelbagaian program ijazah lanjutan (sarjana dan PhD), program-program akademik di bawah kendalian PACE, serta 43 program sarjana muda.

Dua program sarjana muda dwimajor baharu yang bakal ditawarkan mulai ambilan September 2020, oleh Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), iaitu program Sarjana Muda Sastera Linguistik dan Teknologi Maklumat (BA LIT), dan Sarjana Muda Sastera Kesusasteraan Kontemporari dan Pengurusan Industri Kreatif (BA CLCIM) juga ikut dipromosikan dalam karnival ini.

Rata-rata peserta menyatakan rasa gembira atas maklumat yang dibekalkan oleh wakil UUM mengenai program akademik yang ditawarkan, termasuklah dua program baharu di SLCP.

-TAMAT-

Connect with us

Academic Affairs Department,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Staff Directory

Graduate Studies and International Unit

  • dummy+604 928 3308  dummy+604 928 3306  dummy ups@uum.edu.my

© HAKCIPTA TERPELIHARA HEA UUM 2020

Search