COVID-19: UUM Laksana Kuliah Dalam Talian

SINTOK: Semua kuliah di Univesiti Utara Malaysia (UUM) akan dilakukan secara dalam talian bermula 5 April ini, susulan wabak coronavirus baharu (COVID-19).

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UUM, Prof Dr Yusnidah Ibrahim, berkata pelajar dibenarkan mengikuti kuliah secara dalam talian sama ada dari luar kampus atau dari rumah masing-masing.

Katanya, pusat pengajian melalui pensyarah akan memberi makluman kepada pelajar mengenai kaedah pengajaran serta pembelajaran secara dalam talian yang bakal diguna.

“Sebarang komunikasi pensyarah, pusat pengajian dan lain-lain jabatan di UUM akan dilakukan secara dalam talian atau melalui media sosial.

“Pada masa sama, bentuk penilaian seperti peperiksaan pertengahan semester, tugasan, kuiz, pembentangan projek termasuk peperiksaan akhir yang akan bermula pada 31 Mei sehingga 27 Jun depan juga akan dilaksana secara dalam talian.

“Kaedah bentuk penilaian berkenaan akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Yusnidah berkata, bagaimanapun semua kuliah sehingga 26 Mac ini, masih berjalan seperti biasa, namun pihaknya tidak menghalang pensyarah mengendalikan kuliah secara dalam talian bermula minggu ini.

“Cuti pertengahan semester bagi pelajar program sarjana muda bermula 27 Mac sehingga 4 April ini diteruskan seperti biasa dan pelajar dibenarkan pulang ke rumah.

“Bagi pelajar antarabangsa dan pelajar Sabah serta Sarawak yang mempunyai keperluan tertentu boleh memilih berada di dalam kampus semasa atau selepas cuti semester,” katanya.

Katanya, kumpulan pelajar ini perlu mendaftar di Inapan Siswa (INASIS) masing-masing untuk tindakan pemantauan.

Sumber: Berita Harian Online (Isnin, 16 March 2020)

          

TNCA Pros Yusnida

Prof Dr Yusnidah Ibrahim
Timbalan Naib Canselor
(Akademik dan Antarabangsa) UUM

Connect with us

Academic Affairs Department,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Staff Directory

Graduate Studies and International Unit

  • dummy+604 928 3308  dummy+604 928 3306  dummy ups@uum.edu.my

© HAKCIPTA TERPELIHARA HEA UUM 2020

Search