HEA TERIMA TIGA STAF BAHARU

Image

JABATAN Hal Ehwal Akademik (HEA) menerima tiga staf untuk mengekal dan memantapkan lagi pengurusan akademik di Universiti Utara Malaysia mulai hari ini (1 Jun 2020).

Staf berkenaan ialah Wan Norazlinda Wanchik, Atiyah Yaakob dan Aslinda Ahmad.

Sambil mengalu-alu dan mengucapkan selamat datang kepada tiga staf berkenaan, Pengarah HEA, Azian Nafiah mahukan staf berkenaan terus mengekalkan kecemerlangan yang dibuat di jabatan sebelum berpindah ke HEA.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada tiga staf HEA yang berpindah ke Jabatan lain, dan berharap profesionalisme terus dikekalkan di jabatan berkenaan. Ingatlah selalu pengalaman indah ketika di HEA,” katanya.

Wan Norazlinda menggantikasn Hazizi Haron di Unit Peperiksaan, Atiyah menggantikan Rasimah Md. Radzi di Unit Pentadbiran dan Aslinda menggantikan Muhammad Khairul Amri Ahmad di Unit Kemasukan & Rekod.

Connect with us

Academic Affairs Department,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Staff Directory

Graduate Studies and International Unit

  • dummy+604 928 3308  dummy+604 928 3306  dummy ups@uum.edu.my

© HAKCIPTA TERPELIHARA HEA UUM 2020

Search