SAMPAH MUSUH KEMERDEKAAN JADI TEMA PROGRAM HEA PRIHATIN 2020

Image

“Sampah sebagai musuh kemerdekaan” menjadi tema kepada program HEA Prihatin 2020 sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan anjuran Jabatan Hal Ehwal Akademik UUM, pagi ini.

Seramai 27 peserta yang terdiri dari staf HEA yang diketuai Pengarahnya, Azian Nafiah berjalan kaki sejauh 12 kilometer bermula di Bangunan Canselori melalui perpustakaan, Dewan Mas, padang golf, PKU sehingga ke Hidden Lake.

Setiap peserta diberikan satu bendera sebagai simbolik amanah negara untuk dijaga dan dipelihara serta satu plastik sampah untuk diisi sepanjang perjalanan, sekali gus memastikan kampus indah UUM terus bersih dan terpelihara daripada serangan sampah-sarap.

“Sikap membenci sampah mestilah bermula dengan sikap diri yang perlu dilatih dan diwariskan dari generasi ke generasi kita akan datang, supaya akhirnya tiada lagi sampah boleh dilihat di sekitar jalan raya atau di mana sahaja.

“Di negara maju hampir tidak ada sampah boleh dijumpai kerana disiplin dan sikap mereka yang maju, sebaliknya negara mundur penuh dengan sampah,” kata Syazwani Daud, Pengerusi Kelab Kebajikan dan Rekreasi HEA.

Tujuan program HEA Prihatin 2020 antara lain untuk menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan serta menghargai jasa pejuang kemerdekaan Malaysia, dalam konteks UUM.

Menurut Syed Afandi Syed Basarudin, program sebegini sekali-sekala boleh merehatkan sedikit minda daripada rutin kerja.

“Nampaknya UUM begitu faham dengan memperuntukkan sebahagian pagi hari Khamis sebagai aktiviti rekreasi untuk bersama-sama kakitangan merentas unit-unit dalam jabatan,” katanya yang bertugas di Unit Peperiksaan HEA.

Connect with us

Academic Affairs Department,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Staff Directory

Graduate Studies and International Unit

  • dummy+604 928 3308  dummy+604 928 3306  dummy ups@uum.edu.my

© HAKCIPTA TERPELIHARA HEA UUM 2020

Search