W3C | Feedback | Site Map | FAQs | Support   redgreenblue  Facebook Youtube Twitter 

 1. Soalan : Apakah syarat kelayakan untuk memohon belajar di UUM? 

Jawapan:

Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada warganegara lepasan STPM/STAM/Diploma/Matrik dan Asasi.
  2. Memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas program yang ditawarkan.
  3. Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Kepujian Bahasa Melayu Kertas Julai.

dan

  • Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2010 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
  •  Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am.

dan

  • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain.

atau

  • Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2010 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00.

atau

  • Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2010 atau 2009 dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid.

 atau

  • Memiliki kelulusan Diploma/Setaraf atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA;

 atau

  • Lulus peperiksaan STPM Tahun 2009 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi Tahun 2007 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00

 dan

  •  Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

 

 2. Soalan : Bilakah sesi kemasukan ijazah Sarjana Muda? 

Jawapan:

Sesi kemasukan adalah pada September dan Februari.

Kemasukan September:

  1. Permohonan secara atas talian mulai 8 Januari - 2 April setiap tahun
  2. Sila layari laman web berikut: http://upu.my
  3. Pembelian nombor pin di BSN

 

Kemasukan Februari:

  1. Permohonan secara atas talian mulai Oktober hingga Disember terus kepada UUM
  2. Dibuka kepada lepasan Diploma sahaja
  3. Sila layari laman web berikut: http://hea.uum.edu.my/
  4. Wang proses RM100.00

 

 3. Soalan : Apakah syarat kemasukan bagi pelajar antarabangsa? 

Jawapan:

Syarat kemasukan kepada pelajar antarabangsa adalah seperti berikut:

  1. Mengikut syarat kemasukan negara masing-masing.
  2. Lulus TOEFL 500 / IELTS 5.5

 

 4. Soalan : Bilakah Tempoh untuk Tarik Diri Kursus? 

Jawapan:

Tempoh untuk permohonan Tarik Diri Kursus ditetapkan mulai minggu pertama pengajian hingga akhir minggu kelapan pengajian di dalam satu-satu semester. Tempoh permohonan yang dikenakan caj denda lewat ialah semasa bermula minggu keenam pengajian dan seterusnya (TD).

 

 5. Soalan : Apakah syarat untuk pemindahan kredit? 

Jawapan:

Syarat-syarat permohonan adalah seperti yang ditetapkan di dalam Buku Kriteria Pemindahan Kredit UUM. Secara umumnya syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. terbuka kepada semua pelajar di Semester Pertama pengajian SAHAJA;
  2. permohonan dibuat dalam tempoh yang ditetapkan;
  3. kursus hendaklah setaraf atau lebih tinggi daripada kursus UUM;
  4. kursus-kursus yang digunakan untuk memohon pemindahan kredit hendaklah diambil dalam tempoh tidak melebihi lima tahun dari tarikh permohonan;
  5. jumlah jam kredit yang dibenarkan ialah tidak lebih 1/3 daripada jumlah jam kredit keseluruhan program;
  6. permohonan pemindahan kredit kursus ko-kurikulum dan praktikum adalah dibenarkan mengikut syarat yang ditetapkan.

 

 6. Soalan : Apakah Laman web Jabatan Hal Ehwal Akademik? 

Jawapan:

http://hea.uum.edu.my/

 

 7. Soalan : Apakah prosedur untuk gugur/tambah kursus? 

Jawapan:

Prosedur terperinci adalah dinyatakan di dalam Tatacara Minggu Gugur/Tambah Kursus. Secara umumnya, pelajar boleh mengikuti Minggu Gugur/Tambah Kursus melalui Portal Pelajar mengikut tempoh dan semester pengajian yang ditetapkan dalam Tatacara.

 

 8. Soalan : Apakah prosedur tarik diri daripada peperiksaan? 

Jawapan:

Tiada istilah Tarik Diri daripada peperiksaan akhir. Pelajar hanya boleh menangguhkan pengajiannya dan secara automatik menarik diri dari peperiksaan bagi sesuatu semester. Pelajar yang sakit semasa minggu peperiksaan dan mengemukakan sijil sakit akan dibenarkan menduduki peperiksaan gantian bagi kursus-kursus  yang terlibat.

 

 9. Soalan : Apakah prosedur untuk Transfer Kredit? 

Jawapan:

Prosedur permohonan Pemindahan Kredit adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. tempoh permohonan ialah selepas menerima tawaran kemasukan sehingga minggu kelapan di dalam Semester Pertama pengajian SAHAJA;
  2. setiap permohonan perlu menggunakan borang yang disediakan dan dihantarkan kepada Unit Pengkuliahan, Jabatan Hal Ehwal Akademik (HEA);
  3. pelajar perlu merujuk senarai kursus di dalam Buku Kriteria Permindahan Kredit semasa membuat permohonan;
  4. permohonan bagi kursus baharu (tiada di dalam Buku Kriteria), permohonan akan dihantar kepada Pusat Pengajian yang menawarkan kursus berkenaan bagi tujuan penilaian;
  5. Kursus yang telah disetarakan akan dikemaskini oleh HEA di dalam Sistem;
  6. Pelajar boleh membuat semakan melalui Portal pelajar masing-masing dari semasa ke semasa untuk mengetahui senarai kursus yang dipindah kredit.

 

 10. Soalan : Apakah prosedur untuk menangguhkan pengajian? 

Jawapan:

  1. Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan di Pusat Pengajian masing-masing.
  2. Tempoh permohonan sehingga minggu ke-15 sahaja.

 

 11. Soalan : Apakah prosedur untuk menukar kursus/program? 

Jawapan:

  1. Permohonan dibuka mulai Ahad hingga Khamis pada minggu pertama sesi Pengajian sahaja.
  2. Borang permohonan boleh dicetak melalui laman web HEA seperti berikut: http://hea.uum.edu.my
  3. Wang proses RM100.00 dikenakan kepada pemohon.
  4. Pelajar dikehendaki mendapatkan pengesahan Dekan Pusat Pengajian Program Asal dan Dekan Pusat Pengajian Program Baru.
  5. Borang permohonan yang lengkap hendaklah diserahkan di Kaunter Pelajar Jabatan Hal Ehwal Akademik pada hari Khamis minggu pertama Pengajian.
  6. Hanya borang yang lengkap mendapat pengesahan semua Dekan Pusat Pengajian dan bayaran wang proses sahaja yang akan diproses.
  7. Keputusan permohonan pelajar tertakhluk kepada Mesyuarat Pertukaran Program yang akan diadakan pada awal minggu kedua sesi Pengajian.
  8. Pelajar yang Berjaya mendapat kelulusan Pertukaran Program dikehendaki mendaftar kursus-kursus terkini selewatnya sehingga akhir minggu ketiga sahaja di Kaunter pelajar Jabatan Hal Ehwal Akademik.

 

12. Soalan : Jika mendapat C dalam  keputusan peperiksaan, adakah perlu untuk repair subjek tersebut? 

Jawapan:

Hanya gred C-, D+, D dan gred F sahaja dibenarkan mengambil semula kursus berkenaan. Gred C adalah dikira sebagai gred lulus bagi semua kursus yang ditawarkan.

 

 13. Soalan : Bilakah Peperiksaan gantian akan diadakan? 

Jawapan:

Peperiksaan Gantian akan diadakan pada minggu pertama semester berikutnya. Contohnya pelajar sepatutnya menduduki peperiksaan akhir  Semester Pertama 2011/2012 (A111) tetapi disebabkan sakit beliau tidak dapat menduduki peperiksaan tersebut. Peperiksan Gantian yang diluluskan kepada beliau adalah pada minggu pertama Semester Kedua 2011/2012 (A112).

 

 14. Soalan: Saya mempunyai Diploma daripada Politeknik, bagaimana cara untuk memohon melanjutkan  pengajian di UUM? 

Jawapan:

  1. Permohonan secara atas talian http://upu.my bagi kemasukan September.
  2. Permohonan secara atas talian http://hea.uum.edu.my bagi kemasukan Februari.

 

 15. Soalan: Adakah saya layak bergraduat pada tahun ini? 

Jawapan:

Sekiranya anda telah memenuhi struktur program pengajian sila buat semakan status pengajian di dalam portal pelajar, sekiranya layak status pengajian telah ditukar kepada tamat pengajian.

 

 16. Soalan: Bagaimanakah saya boleh dapat Surat Tamat Pengajian dan Transkrip Akademik Sementara? (sekiranya pelajar Sarjana Muda) 

Jawapan:

Semua pelajar Sarjana Muda yang telah disahkan oleh Senat untuk menamatkan pengajian boleh mendapatkan dokumen berkenaan melalui portal pelajar masing-masing. Pelajar boleh mencetak mengikut versi dan jumlah yang diperlukan.

 

 17. Soalan : Bagaimanakah saya boleh mendapatkan Ijazah dan Transkrip Akademik? 

Jawapan:

Pelajar boleh mendapatkan dokumen tersebut setelah mengembalikan jubah konvokesyen kepada petugas di bilik jubah yang telah ditetapkan selepas sesi penganugerahan ijazah selesai.

 

 18. Soalan: Apakah yang saya perlu lakukan bagi tujuan menghadiri Majlis Konvokesyen? 

Jawapan:

Setiap pelajar diwajibkan untuk membuat Semakan Konvokesyen (Sarjana Muda sahaja) secara online untuk mendapatkan maklumat konvokesyen dan memberikan jawapan kehadiran melalui paparan yang sama seterusnya menjawab Soal Selidik Kajian Pengesanan Graduan (semua peringkat pengajian). Pelajar yang menjawab hadir dalam tempoh yang ditetapkan sahaja yang dibenarkan untuk mengikuti sesi pengurniaan Ijazah.


  19. Soalan: Bagaimana untuk memohon mendapatkan transkrip yang hilang? 

Jawapan:

1.    Isi/lengkapkan borang permohonan.
2.    Pembayaran menggunakan Wang Pos/Money Order atas nama 'Bendahari Universiti Utara Malaysia'.
3.    Kadar bayaran :

  • Degree = RM500
  • Transkrip (versi BM) = RM10
  • Transkrip (Versi BI) = RM10

*bayaran tertakluk atas permohonan sama ada cetakan degree sahaja atau transkrip sahaja atau kedua-duanya.

4.    Poskan kepada pihak Unit Pengijazahan 2 item berikut:

  • Borang permohonan yang telah dilengkapkan
  • Wang pos/money order atas nama 'BENDAHARI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA'
  • Sampul Pos Ekspress (sampul kosong) beralamat sendiri bersaiz 353mm x 250mm

 
  20. Soalan : Nama pegawai dan alamat untuk urusan tuntutan ijazah? 

Jawapan:

Unit Pengijazahan
Jabatan Hal Ehwal Akademik
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah
Tel: 04-9283319/04-9283320
Faks: 04-9283109