W3C | Feedback | Site Map | FAQs | Support   redgreenblue  Facebook Youtube Twitter 

PENTADBIRAN, KEWANGAN DAN SENAT

Untitled Document

 KEPUTUSAN SENAT

PENGENALAN

Bahagian Pentadbiran merupakan bahagian di Jabatan Hal Ehwal Akademik, Universiti Utara Malaysia yang bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran am, kewangan dan senat. Bahagian ini diketuai oleh seorang Penolong Pengarah, seorang Penolong Pegawai Tadbir dan empat orang Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi (P/O) yang mempunyai pengkhususan tugas masing-masing seperti berikut:

1.    Urusan Mesyuarat Senat
2.    Urusan Mesyuarat Jawatankuasa Seminar Universiti
3.    Urusan Kewangan Jabatan dan kewangan umum universiti ?vot konvokesyen dan promosi
4.    Urusan Perkhidmatan dan Latihan Kakitangan
5.    Urusan Aset dan Inventori
6.    Urusan Pengurusan Stor
7.    Urusan Pengurusan Fail dan Rekod
8.    Urusan Pentadbiran Am

VISI

Menjadi Bahagian Pentadbiran yang berproduktif ke arah pencapaian objektif Jabatan.

OBJEKTIF

1.    Memastikan urusan pentadbiran jabatan berjalan dengan lancar.
2.    Memastikan pengurusan kewangan yang diperuntukkan digunakan dengan berhemah dan berkesan.
3.    Memastikan urusan mesyuarat Senat, mesyuarat eksekutif Jabatan dan Jawatankuasa Seminar Universiti berjalan lancar.
4.    Memastikan urusan pentadbiran am jabatan berjalan dengan lancar.


FUNGSI

1.    Urusetia kepada Mesyuarat Eksekutif Jabatan, Mesyuarat Senat Universiti dan Mesyuarat Jawatankuasa Seminar Universiti.
2.    Memantau keperluan latihan kakitangan.
3.    Mengendalikan Sistem Pengurusan Fail
4.    Mengendalikan rekod cuti dan kehadiran kakitangan.
5.    Mengendalikan pengurusan aset, inventori dan stok.
6.    Mengurus hal ehwal kewangan seperti belanjawan, perolehan, bayaran, tuntutan perjalanan, panjar wang runcit.
7.    Memantau hal ehwal berkaitan perkhidmatan seperti  perkhidmatan kaunter, pertanyaan, cadangan dan aduan pelanggan.
8      Mengendalikan  pelaksanaan 5S di Jabatan.