W3C | Feedback | Site Map | FAQs | Support   redgreenblue  Facebook Youtube Twitter 

 

PENGENALAN

Selaras dengan matlamat Universiti untuk mencapai Sasaran Universiti bertaraf dunia, maka Jabatan Hal Ehwal Akademik (JHEA)telah membentuk unit-unit yang mempunyai fungsi yang tersendiri dan fokus kepada peranan yang berbeza. Salah satu unit penting dalam JHEA adalah Unit Kemasukan, Rekod dan Promosi (UKRP). UKRP berperanan besar dalam memastikan 3 fokus utama iaitu kemasukan pelajar baru, pemantauan rekod pelajar dan pengurusan aktiviti promosi akademik dalam negara berjalan lancar.

 

VISI

Menjadikan Unit Kemasukan, Rekod dan Promosi cekap dan cemerlang di Jabatan Hal Ehwal Akademik dalam sebuah Universiti Pengurusan

 

MISI

Memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam pengurusan akademik melalui kemasukan, pendaftaran dan rekod pelajar

 

OBJEKTIF

Memastikan urusan pengambilan, kemasukan dan pendaftaran dan status pelajar dapat diuruskan dengan berkesan seiring dengan matlamat dan objektif universiti

 

FUNGSI UNIT
1.    Menguruskan pendaftaran pelajar
2.    Menguruskan pengambilan dan kemasukan pelajar
3.    Menguruskan permohonan program pengajian pelajar baru dan sedia ada
4.    Menguruskan permohonan kes-kes rayuan kemasukan
5.    Menyediakan semua statistik kemasukan pelajar
6.    Merangka dan menyusun aktiviti pemasaran dan promosi dalam negara
7.    Mengemaskinikan status pelajar