W3C | Feedback | Site Map | FAQs | Support   redgreenblue  Facebook Youtube Twitter 

PENGENALAN

Unit Pengijazahan merupakan unit yang bertanggungjawab dalam menguruskan pengijazahan pelajar-pelajar UUM. Unit ini diketuai oleh seorang Penolong Pendaftar  dan dibantu empat orang Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) yang mempunyai pengkhususan tugas masing-masing iaitu:-
1.    Semakan Pengijazahan yang melibatkan penyelarasan semakan sebanyak 40 program pengajian bersama-sama dengan 15 buah Pusat Pengajian di UUM.
2.     Urusan Cetakan Transkrip Akademik Sementara dan Surat Jangka Tamat
3.    Urusan Cetakan Surat Tamat Pengajian serta Skrol serta  Pengesahan Tamat Pengajian
4.    Urusan Pentadbiran dan Hal Ehwal Mesyuarat
Merupakan salah satu unit di Bahagian Pengurusan Kualiti dan Strategik, di bawah Jabatan Hal Ehwal Akademik UUM.

OBJEKTIF
Memastikan urusan pengijazahan pelajar diurus dengan berkesan berpandukan kepada standard yang ditetapkan seiring dengan matlamat dan objektif universiti.


 VISI 
Menjadi unit yang produktif, berdaya saing dan diiktiraf dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggannya.

 

FUNGSI UTAMA
Unit ini merupakan penggerak utama universiti dan bertanggungjawab dalam pengurusan data pengijazahan bagi tujuan pengesahan senarai pelajar yang layak bergraduat serta semua urusan yang berkaitan dengan perkhidmatan/aktiviti pengijazahan pelajar.
 
Skop: Data pengijazahan pelajar, pengesahan graduan, menyelaras senarai penerima anugerah

Tugas-tugas Unit Pengijazahan:
1.    Menyelaras dan menyemak data pelajar yang layak bergraduat bersama dengan pihak Pusat Pengajian khususnya Pelajar Sarjana Muda.
2.    Mengendalikan bengkel bersama Pusat Pengajian bagi menyemak mengeluarkan senarai pelajar Sarjana Muda yang jangka tamat dan layak bergraduat.
3.    Menyelaras dengan Bahagian Pengajian Siswazah dan Antarabangsa, JHEA berkaitan senarai graduan Pasca Siswazah yang layak bergraduat.
4.    Penyediaan maklumat, senarai graduan dan kategori penganugerahan
5.    Berhubung dengan penyumbang/penerima anugerah
6.    Membuat pengesahan graduan UUM.
7.    Menguruskan cetakan skrol dan transkrip graduan.
8.    Penyelarasan Pengijazahan
9.    Pengesahan status Layak Dianugerahkan Ijazah (LDI)
10.  Cetakan dan Penyediaan Transkrip Rasmi dan Skrol Ijazah
11.  Penyerahan Transkrip Rasmi dan Skrol Ijazah
12.  Penyediaan, Percetakan dan penyerahan Surat Tamat Pengajian, Transkrip Sementara, Transkrip Akademik Rasmi dan skrol ijazah
13.  Urus setia pengijazahan bagi Majlis Konvokesyen
14.  Rekod dan maklumat penganugerahan pelajar
15.  Aktiviti penyediaan/pengeluaran transkrip dan skrol
16.  Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Ijazah Kehormat
17.  Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Hadiah Universiti
18.  Urus setia Mesyuarat Jawtankuasa Pelaksana Konvokesyen
19.  Urus setia Mesyuarat Bersama Marshal Graduan
20.  Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Pengijazahan
21.  Urus setia semakan pengijazahan
22.  Urus setia Pemprosesan Sijil Ijazah dan Transkrip Akademik
23.  Urus setia Penyediaan Surat Tamat Pengajian dan Transkrip Akademik Sementara
24.  Urus setia Majlis Konvokesyen UUM
25.  Urusan Pentadbiran Unit
26.  Menyediakan laporan lengkap pencapaian pelajar bergraduat setiap kohort bagi tujuan laporan penuh pencapaian Objektif Kualiti Universiti.
27.  Menyediakan laporan dan mengenalpasti penambahbaikan dari masa ke semasa.
28.  Help Desk Unit