W3C | Feedback | Site Map | FAQs | Support   redgreenblue  Facebook Youtube Twitter 

 

PENGENALAN

Unit Peperiksaan  merupakan sebuah unit di Jabatan Hal Ehwal Akademik (JHEA) yang bertanggungjawab dalam segala aspek urusan peperiksaan pelajar. Unit ini diketuai oleh seorang Penolong Pendaftar dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir, empat empat orang Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) dan dua orang Penolong Pegawai Penerbitan.Berikut adalah  yang mempunyai pengkhususan tugas masing-masing iaitu:-
1.    Urusan bagi menjalankan peperiksaan kepada para pelajar
2.    Mesyuarat jawatankuasa Pemeriksa
3.    Menyedia dan  menyemak senarai ketua pengawas, pengawas dan pembantu peperiksaan
4.    Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan masalah kecurangan akademik
5.    Urusan cetakan, pembungkusan dan pengedaran soalan peperiksaan
6.    Urusan scanning OMR

 

OBJEKTIF
Agar segala aspek berkaitan dengan urusan peperiksaan dapat dijalankan dengan berkesan dan sistematik berpandukan kepada standard yang ditetapkan seiring dengan matlamat dan objektif universiti. 

 
VISI 
Menjadi unit yang produktif dan efisien dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggannya.

 

FUNGSI UTAMA
Merupakan sebuh unit yang penting dan bertanggungjawab dalam menguruskan peperiksaan  pelajar dan juga  semua urusan yang berkaitan dengan pemarkahan serta keputusan pelajar sebelum mereka bergraduat.