W3C | Feedback | Site Map | FAQs | Support   redgreenblue  Facebook Youtube Twitter 

Unit Jaminan Kualiti dan Akreditasi  merupakan sebuah unit di Jabatan Hal Ehwal Akademik (JHEA) yang bertanggungjawab dalam segala aspek urusan kualiti jabatan, penawaran program baru dan akreditasi. Unit ini diketuai oleh seorang Penolong Pendaftar Kanan dan dibantu oleh dua orang Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) . Antara aktiviti utama unit ini adalah seperti berikut;

1.    Menguruskan segala urusan persediaan dan pelaksanaan mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Akademik (JKPA) universiti.
2.    Urusan penawaran program baru
3.    Urusan pengiktirafan program baru
4.    Menguruskan hal-hal berkaitan dengan mobiliti pelajar
5.    Menguruskan hal-hal berkaitan MPK dan fail meja
6.    Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan prosedur kualiti (ISO)
7.    Hal-hal yang berkaitan dengan audit SIRIM
8.    Mengemaskini maklumat KPI dan Setara
9.    Urusan audit autonomi
 

VISI

Menjadi unit yang mantap dan sistematik dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggannya.

 

OBJEKTIF

Memastikan segala urusan yang berkaitan dengan kualiti jabatan adalah pada tahap yang terbaik. Selain daripada itu, segala aktiviti yang dilaksanakan oleh unit  dapat dijalankan dengan berkesan dan sistematik berpandukan kepada standard yang ditetapkan seiring dengan matlamat dan objektif universiti.

 

FUNGSI

1. Keurusetiaan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Akademik Universiti (JKPA Universiti).
2. Pengumpulan dan penghantaran dokumen/maklumat penawaran program akademik baharu ke MQA dan JKPI serta penyimpan rekod-rekod berkaitan.
3. Menjadi sumber rujukan berkaitan pengiktirafan program peringkat Sarjana Muda melalui penyediaan contoh-contoh maklumat penawaran program akademik baharu, format penyediaan bahan, prosedur serta pembayaran.
4. Merancang dan memantau program peningkatan kualiti sistem dan urusan pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Akademik agar sesuai dengan keperluan semasa.
5. Menyelaras urusan mobiliti inbound dan outbound yang meliputi proses pengeluaran surat tawaran, peperiksaan dan pengeluaran transkrip.
6. Menyelaras urusan-urusan berkaitan pengauditan, perancangan strategik dan setara.