W3C | Feedback | Site Map | FAQs | Support   redgreenblue  Facebook Youtube Twitter 

 95 PELAJAR SK CONVENT ALOR SETAR RASA SERONOK LAGI BERUNTUNG

 kluster2

Guru pengiring Sekolah Kebangsaan Convent, Alor Setar Kedah, Faezah Hassan yang memberi gambaran positif kepada pelajar SK Convent untuk memperkenalkan kampus di rimba hijau sepertimana yang terpampang di surat khabar baru-baru ini.

Selain itu, beliau yang mewakili SK Convent ingin meningkatkan jalinan sekolah kluster bersama UUM hasil rundingan dengan Jabatan Hal Ehwal Akademik yang mengatur aktiviti bersesuaian dengan kehendak SK Convent.

Setibanya di Welcome Centre, pelajar tertanya-tanya bangunan apakah yang bagaikan pusat pelancongan terdapat di UUM serta pokok besar yang dipamerkan di lobi utama. Setelah diberi penjelasan tentang sejarah Sintok, tempat menarik dan pemimpin utama dan kawasan Rehat & Rawat (R&R) UUM mereka berkata, ?beruntungnya melawat UUM?.

Dalam hal ini, pelajar peringkat rendah ternyata lebih suka melihat gambar dan suasana sebenar yang merupakan daya tarikan untuk mereka mempelajari sesuatu.

Seterusnya para pelajar mengucapkan ribuan terima kasih di atas pendedahan ilmu bagi membuka minda mereka semasa lawatan ini.

?Tempat ini sangat menarik dengan pemandangan yang indah dan mempesonakan, bak kata pepatah sedap mata memandang?, kata guru pengiring SK Convent sebelum meninggalkan Welcome Centre.

Oleh itu, semua pihak perlu menggiatkan lagi usaha untuk melibatkan sekolah-sekolah sebagai pendedahan awal kepada pelajar di samping mempromosikan Discover UUM 2016.

 

AKTIVITI LAIN SEKOLAH KLUSTER 2016 :

1. THE ?TREASURE HUNT? WITH SK CONVENT, ALOR SETAR