SALURAN TERBUKA

 

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SESI AKADEMIK 2019/2020 (FEBRUARI 2020)

 

Pengambilan pelajar melalui SALURAN TERBUKA mulai Sesi Akademik 2019/2020 (Februari 2020) merupakan saluran alternatif kepada calon lepasan STPM, Matrikulasi/Asasi, STAM, Diploma atau setaraf yang gagal mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda melalui UPU. Saluran terbuka adalah tanpa subsidi yuran dari kerajaan dan tiada penginapan, menawarkan program pengajian bagi mod sepenuh masa yang diiktiraf oleh MQA. Pelajar yang ditawarkan tempat melalui saluran terbuka akan menghadiri kuliah yang sama seperti pelajar sepenuh masa yang lain.

Sehubungan itu, calon-calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat am dan khas kemasukan adalah dialu-alukan untuk memohon.

 

Tarikh buka permohonan

Tarikh tutup permohonan

Tarikh akhir terimaan dokumen lengkap oleh UKRP

2 Februari 2020

(12.00 tgh)

6 Februari 2020

(12.00 tgh)

6 Februari 2020

(3.00 petang)

 

Calon  dinasihatkan  membaca  lampiran-lampiran  berikut  terlebih  dahulu  sebelum mengisi permohonan secara atas talian.

  1. Lampiran A– Program yang ditawarkan
  2. Lampiran B– Syarat am dan syarat khas     
  3. Lampiran C– Bayaran wang proses
  4. Lampiran D– Contoh salinan pengiktirafan MQA
  5. Lampiran E– Senarai semak
  6. Lampiran F– Kadar yuran bagi saluran terbuka
  7. Lampiran G– Permohonan Kemasukan atas talian (online)

 

Calon-calon dikehendaki mengemukakan dokumen lengkap ke UKRP lebih awal dan tidak menunggu sehingga tarikh akhir terimaan dokumen.

Permohonan yang tidak lengkap atau diterima selepas tarikh akhir terimaan dokumen tidak akan diproses.

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Unit Kemasukan, Rekod dan Promosi (UKRP)

Jabatan Hal Ehwal Akademik

Universiti Utara Malaysia

06010 UUM Sintok

Kedah

e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Connect with us

Academic Affairs Department,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Staff Directory

Graduate Studies and International Unit

  • dummy+604 928 3308  dummy+604 928 3306  dummy ups@uum.edu.my

© HAKCIPTA TERPELIHARA HEA UUM 2020

Search