W3C | Feedback | Site Map | FAQs | Support   redgreenblue  Facebook Youtube Twitter 

 

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

 

POLICY OF CHANGE OF UNDERGRADUATE PROGRAMMES (FULL-TIME)

 

Please read the following information carefully before forwarding your application.

 

It is not the policy of the University to grant students the approval to change their study programmes.

The programmes offered to the students is final and this is clearly stated in the offer letter.

 

Kindly take note that based on the rules and regulations issued by the Malaysian Immigration Department, with effect from Second Semester 2016/2017 Session, international students are no longer allowed to change their programme of study.

 

 

1.0       CRITERIA

 

The following criteria will be taken into consideration before any decision is made:

 

1.1          Students who request for a change of study programme should complete at least 1 (one) semester in Universiti Utara Malaysia and must obtain a CGPA of below 2.50.

1.2          Priority will be given to students who obtain the CONDITIONAL PASS and SEMESTER REPEAT statuses.

1.3          Students who enroll into Universiti Utara Malaysia through the SECOND CHANNEL (applicants with diplomas) and CHANGE OF INSTITUTION OR UNIVERSITY are not eligible for change of study programme.

1.4          Consideration for approval is subject to ENTRY REQUIREMENTS and QUOTA OF STUDENTS FOR THE RESPECTIVE STUDY PROGRAMMES.

1.5          Changing to education programmes/programme(s) with interview is not permitted.

1.6          Only students who have never been approved for any change of study programme will be considered.

1.7          Endorsed by the University Admission Committee

 

2.0     PROCEDURE

 

2.1          Application form requesting for change of study programme can be download here from 1 until 12 September 2017.

 

2.2          All completed documents for the purpose of changing the study programme should reach the Academic Affairs Department before or on 12 September 2017 (3.00 pm) via:

 

  1. i.email: rizam@uum.edu.my or
  2. ii.fax: +604-928 3305 or
  3. iii.mailed to:

 

Admission, Records and Promotion Unit

                                    Academic Affairs Department

                                    Universiti Utara Malaysia

                                    06010 UUM Sintok

                                    Kedah

                                    Malaysia

 

2.3         The following items should also be enclosed together with the application forms:

 

  1. i.A copy of the SPM/SPMV results
    1. ii.A copy of the examination results used upon applying for entry into UUM (STPM/MATRICULATION/STAM/DIPLOMA)
    2. iii.MUET
    3. iv.The examination results of every semester of the current programme enrolled in.

Copies of all the above mentioned results must be certified.

 

2.4       A processing fee of MYR100.00 will be charged onto your student account after the application for the change of study programme has been approved.

 

2.5       The result of your application will be announced through students’ portal or displayed at the Academic Affairs Department notice board.

 

2.6       Application which do not fulfill requirements or do not adhere to procedure or received after the due date will not be processed.

 

3.0       REMINDER

 

3.1       Once change of study programme is approved, students are not permitted to withdraw their request/application.

3.2       Students who are allowed to change their study programme, must follow the programme structure which they registered for during the admission session.

3.3       It is the responsibility of the students to arrange for their sponsorship with the respective sponsors and bear the risk of sponsors withdrawing their sponsorship due to the change of study programme.

3.4       The examination results of every semester before the change of study programme will be taken into consideration when calculating the CGPA for the subsequent semesters after the change.

3.5       Students who are allowed to change their study programme should refer and consult the Deans of their respective new Schools about taking courses in the new programme.

 

 

 

=================================================================================================

 

 

 

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

 

 

 

DASAR PERTUKARAN PROGRAM PENGAJIAN PERINGKAT SARJANA MUDA (SEPENUH MASA)

 

 

 

Sila baca dengan teliti maklumat berikut sebelum mengemukakan permohonan anda.

 

 

 

Bukanlah menjadi dasar Universiti untuk membenarkan pelajar bertukar program.

 

Tawaran program kepada pelajar adalah muktamad dan ini jelas dinyatakan di dalam surat tawaran kemasukan.

 

 

 

Sila ambil perhatian bahawa berdasarkan peraturan Jabatan Imigresen Malaysia, mulai Semester Kedua Sesi 2016/2017, pelajar antarabangsa adalah tidak dibenarkan untuk bertukar program pengajian.

 

 

 

 

 

1.0         KRITERIA

 

Pertimbangan untuk pertukaran program adalah merujuk kepada syarat-syarat berikut:

 

1.1         Belajar sekurang-kurangnya 1 (SATU) SEMESTER di Universiti Utara Malaysia dan memperolehi PMK BAWAH 2.5.

 

1.2         Keutamaan diberikan kepada pelajar yang mendapat status LULUS BERSYARAT (LB) dan MENGULANG SEMESTER.

 

1.3         Pelajar yang memasuki Universiti Utara Malaysia melalui SALURAN KEDUA dan PERTUKARAN UNIVERSITI adalah TIDAK DIBENARKAN bertukar program.

 

1.4         Pertimbangan kelulusan adalah tertakluk kepada SYARAT KEMASUKAN dan KUOTA PELAJAR KE SETIAP PROGRAM.

 

1.5         Pertukaran ke program pendidikan/program bertemuduga adalah tidak dibenarkan.

 

1.6                     Tidak pernah mendapat kelulusan bertukar program sebelum ini.

 

1.7         Disahkan oleh Jawatankuasa Kemasukan Universiti.

 

 

 

2.0         PROSEDUR

 

 

 

2.1         Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun disini mulai 1 hingga 12 September 2017.

 

 2.2         Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Jabatan Hal Ehwal Akademik sebelum atau pada 12 September 2017 selewat-lewatnya jam 3.00 petang melalui:

 

 

 

  1. i.emel: rizam@uum.edu.my
  2. ii.faks: +604-928 3305
  3. iii.diserah/dipos ke alamat berikut:

 

 

 

Unit Kemasukan, Rekod dan Promosi

 

Jabatan Hal Ehwal Akademik

 

Universiti Utara Malaysia

 

06010 UUM Sintok

 

Kedah

 

 

 

2.3         Permohonan hendaklah disertakan dengan:

 

  1. i.Kelayakan akademik semasa memohon kemasukan ke UUM (STPM/Matrik/STAM/Diploma/Setaraf)
    1. ii.MUET.
    2. iii.Keputusan peperiksaan semua semester di peringkat pengajian ijazah yang diikuti sekarang.

 

Semua salinan hendaklah disahkan.

 

 

 

2.4         Bayaran proses RM100.00 akan dicaj ke akaun pelajar setelah permohonan pertukaran program diluluskan.

 

                       

 

2.5         Status permohonan (berjaya/gagal) boleh disemak melalui portal pelajar atau dari papan kenyataan Jabatan Hal Ehwal Akademik.

 

 

 

2.6         Permohonan yang tidak memenuhi syarat, tidak mengikut prosedur atau diterima selepas tarikh tutup tidak akan diproses.

 

 

 

3.0         PERINGATAN

 

 

 

3.1       Kelulusan bertukar program TIDAK BOLEH ditarik balik selepas diluluskan.

 

3.2     Pelajar yang telah diberi kelulusan bertukar program, hendaklah mengikut struktur program mengikut sesi kemasukan di mana beliau mula mendaftar sebagai pelajar UUM.

 

3.3      Pelajar lepasan Diploma yang telah diberi kelulusan bertukar program, TIDAK DIBENARKAN memohon PEMINDAHAN KREDIT kerana syarat pindah kredit hanya bagi pelajar semester pertama sahaja.

 

3.4      Adalah menjadi tanggungjawab pelajar sendiri untuk berurusan dengan pihak penaja dan menanggung risiko sekiranya penajaan ditarik balik akibat pertukaran program.

 

3.5    Keputusan peperiksaan semua semester sebelum bertukar program masih diambil kira di dalam pengiraan PMK untuk semester-semester berikutnya.

 

3.6    Pelajar yang diberi kelulusan bertukar program perlu merujuk kepada Dekan di Pusat Pengajian masing–masing mengenai perancangan pengambilan kursus di bawah program baru.