W3C | Feedback | Site Map | FAQs | Support   redgreenblue  Facebook Youtube Twitter 

 KPTN-UUM

 

Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia akan menganjurkan Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2018 kepada warga Negeri Kedah Darulaman pada 10 hingga 11 Februari 2018 ini bertempat di Padang Kawad Universiti Utara Malaysia bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Pelbagai aktiviti akan diadakan seperti Pameran Pendidikan, teknikal dan kemahiran yang akan disertai oleh 20 universiti awam di seluruh Malaysia dan lebih 100 pempamer antaranya Jabatan Politenik Malaysia, Kolej  Komuniti, Perbadanan PendidikanTinggi Nasional (PTPTN), Konsultasi UPU Online, Demonstrasi Seni Kreatif, dan lain-lain.

KPTN 2018 peringkat Negeri Kedah akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri  DiRaja Ahmad Bashah Md. Hanifah, Menteri Besar Kedah Darulaman.

Orang ramai dijemput hadir khususnya pelajar lepasan SPM dan STPM yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi. 

 

“SOARING UPWARDS”