W3C | Feedback | Site Map | FAQs | Support   redgreenblue  Facebook Youtube Twitter 

Keahlian Lembaga Penasihat Program

Untitled Document


Lembaga penasihat program dibentuk bagi tujuan mendapat penasihatan berhubung dengan penawaran sesuatu program akademik baharu. Berikut adalah keterangan berkenaan kriteria, peranan dan tanggungjawab lembaga:

1.

Kriteria

1.   Individu luar dari Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT)

2.   Mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang yang berkaitan dengan program yang akan ditawarkan.

3.   Individu yang memegang jawatan tinggi dan dihormati dalam PPT, industri atau organisasi .

2.

Peranan

Antara peranan Lembaga Penasihat adalah seperti berikut:

1.   Membantu membuat keputusan dan menentukan hala tuju PPT/jabatan/fakulti dan memastikan ia berada padalandasan yang betul.

2.   Menyediakan hubungan luar dan meningkatkan komunikasi antara pihak PPT dengan pihak berkepentingan . (Contohnya, kebolehpasaran graduan dan peluang penyelidikan).

3.

Tanggungjawab

Memberi nasihat berkenaan projek, keputusan berkaitan undang-undang, kewangan dan lain-lain yang berkaitan.
(tertakluk kepada fungsi lembaga penasihat yang ditubuhkan oleh PPT)

4.

Keahlian

Pengerusi :
Timbalan Naib Canselor (A&A)

Setiausaha :
Dekan Pusat Pengajian

Ahli:

2  ahli dari dikalangan agensi awam

2 ahli dari  dikalangan agensi swasta

2 ahli dikalangan tenaga pengajar akademik universiti luar yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan.

Catatan:

1.     Bilangan ahli boleh melebihi dari jumlah yang dinyatakan sekiranya perlu).
2.     Kakitangan akademik dari pusat pengajian boleh dimasukkan tetapi sebagai turut hadir dan  bukannya ahli.
3.     Jawatankuasa ini perlu dilantik diperingkat awal sebelum penyediaan Kertas Kerja Penawaran Program Baharu.Keahlian dibuat untuk kelulusan Senat.