All News

HEA TERIMA 2 STAF BAHARU

serahtugas19mei24

 

Satu majlis serah terima tugas telah diadakan pada 19 Mei 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Hal Ehwal Akademik

Penyerahan tugas oleh Ketua Unit Konvokesyen, Mohd Azri Md Nadzir kepada Muhammad Naim bin Jurit dan staf Unit Penjadualan iaitu Siti Rohaya Abdullah kepada Mohamad bin Ibrahim disaksikan oleh Pengarah HEA, Azian Nafiah.

Azian dalam ucapannya menyeru supaya setiap staf terus mengekalkan kecemerlangan tidak kira dimana mereka berada. “Sentiasa menjadi pemudahcara untuk semua urusan dan cepat belajar sesuatu yang baru” ujarnya.

Di kesempatan itu, Azian juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua mantan staf yang telah berkhidmat dan memberi sumbangan yang tidak berbelah bahagi kepada jabatan ini.