CENTRE FOR ACADEMIC EXCELLENCE AND POLICY PLANNING,
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SELAMAT DATANG

PUSAT PERANCANGAN DASAR DAN KECEMERLANGAN AKADEMIK (CAEP)

Pusat Perancangan Dasar dan Kecemerlangan Akademik (CAEP) berusaha dan komited untuk meningkatkan kualiti pembangunan dan kelestarian program akademik mengikut bidang pengajian yang bersifat kontemporari dan pendidikan abad ke 21 bagi menghasilkan bakal graduan yang holistik serta dapat menyumbang kepada aktiviti strategik universiti, agama, bangsa dan pembangunan negara.

Objektif:

  • Menjadi pusat rujukan pembangunan akademik kepada UUM untuk memenuhi visi sebagai universiti pengurusan yang terkemuka di dunia, serta merealisasikan misi UUM sebagai pusat kecemerlangan dan pengembangan ilmu berasaskan kualiti akademik yang berkualiti dalam membangunkan negara.

  • Memastikan pembangunan kecemerlangan akademik dilaksanakan mengikut aspirasi dan keperluan Kementerian Pengajian Tinggi serta standard terkini oleh badan akreditasi seperti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan badan-badan professional.

  • Memantau pelaksanaan dan penilaian program akademik berdasarkan kepada dasar, polisi, standard, peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh KPT, MQA dan UUM.

  • Memastikan pembangunan professional dalam pembangunan akademik kepada pengurusan pusat pengajian dan PTJ yang terlibat dengan program akademik.

  • Menjadi unit penghubung kepada KPT dengan UUM dalam aspek kecemerlangan akademik menerusi dasar-dasar KPT seperti KPT-PACE, SULAM, EXCEL, NOBLE, PSH dan lain-lain dalam memperkasakan kredibiliti program akademik dan kebolehpasaran graduan (graduate employability) di pusat pengajian.

  • Membangunkan program akademik yang berasaskan kepada inovasi kurikulum terkini yang berasaskan IR4.0 dan Pendidikan fleksibel yang membolehkan pelajar mengikuti program-program secara terbuka dan jarak jauh (ODL) di UUM dengan lebih mudah dan merentas globalisasi tanpa sempadan.