ADMISSION
DASAR PERTUKARAN PROGRAM PENGAJIAN PERINGKAT SARJANA MUDA
(SEPENUH MASA)
Sila baca dengan teliti maklumat berikut sebelum mengemukakan permohonan anda.
1. | Bukanlah menjadi dasar Universiti untuk membenarkan pelajar bertukar program. Tawaran program kepada pelajar adalah muktamad dan ini jelas dinyatakan di dalam surat tawaran kemasukan. | ||||||||||||||||
2. | Walau bagaimanapun, Senat telah menurunkan kuasa kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) untuk memberi pertimbangan dan membuat keputusan ke atas permohonan pertukaran program. | ||||||||||||||||
3. | Dalam membuat pertimbangan, beberapa kriteria telah ditetapkan iaitu: | ||||||||||||||||
3.1 | Pelajar yang memohon pertukaran program, hendaklah telah melengkapkan pengajiannya di Universiti ini sekurang-kurangnya satu (1) semester. | ||||||||||||||||
3.2 | PMK 2.50 ke bawah - pelajar yang memperolehi pencapaian akademik yang rendah terutamanya yang mendapat status Lulus Bersyarat (LB) dan Mengulang Semester diberi keutamaan dalam pertimbangan. | ||||||||||||||||
3.3 | Kriteria khas berdasarkan justifikasi yang wajar dipertimbangkan dan tidak bercanggah dengan Dasar Pengambilan Pelajar UPU dan universiti. | ||||||||||||||||
3.4 | Pelajar yang mendaftar akademik di Universiti melalui Saluran Kedua dan Pertukaran Universiti adalah tidak akan dibenarkan bertukar program pengajian sama sekali. | ||||||||||||||||
3.5 | Walau apapun syarat yang disebut pada perkara 3.2 hingga 3.4, syarat khas kemasukan mengikut program serta pengimbangan pelajar mengikut kuota bagi sesuatu program akan diambilkira semasa membuat pertimbangan. | ||||||||||||||||
4. | Pelajar tidak dibenarkan memohon pertukaran ke program berikut: | ||||||||||||||||
i) | Semua program bertemu duga iaitu: | ||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||
ii) | Program kompetitif iaitu: | ||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||
5. | PROSEDUR | ||||||||||||||||
5.1 | Permohonan boleh dibuat dengan mengisi ‘google forms’ dari laman sesawang Jabatan Hal Ehwal Akademik https://forms.gle/tMZkFcS5NDL6iDN98 mulai 10 hingga 15 September 2024. | ||||||||||||||||
5.2 | Semua dokumen sokongan hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Hal Ehwal Akademik sebelum atau pada 15 September 2024 selewat-lewatnya jam 11.59 malam melalui: | ||||||||||||||||
i. | emel: ug_kemasukan@uum.edu.my | ||||||||||||||||
ii. | faks: +604-928 3305 | ||||||||||||||||
iii. | serah/dipos ke alamat berikut: | ||||||||||||||||
Unit Kemasukan, Rekod dan Promosi Jabatan Hal Ehwal Akademik Universiti Utara Malaysia 06010 UUM Sintok Kedah |
|||||||||||||||||
6. | Dokumen sokongan yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut: | ||||||||||||||||
7.1 | Salinan keputusan peperiksaan SPM/SPMV. | ||||||||||||||||
7.2 | Salinan sijil akademik semasa memohon kemasukan ke UUM (STPM/Matrikulasi/STAM/Diploma/Setaraf) | ||||||||||||||||
7.3 | Salinan MUET. | ||||||||||||||||
7.4 | Salinan keputusan peperiksaan semua semester di peringkat pengajian ijazah yang diikuti sekarang. | ||||||||||||||||
7. | Bayaran proses RM100.00 akan dicaj ke akaun pelajar setelah permohonan pertukaran program diluluskan. | ||||||||||||||||
8. | Permohonan yang tidak memenuhi syarat, tidak mengikut prosedur atau diterima selepas tarikh tutup tidak akan diproses. | ||||||||||||||||
9. | Status permohonan boleh disemak melalui portal pelajar sebelum sesi gugur tambah kursus berakhir. |