Saluran Terbuka UUM
Saluran Terbuka Universiti Utara Malaysia (UUM) merupakan program yang ditawarkan secara laluan komersial selain dari Saluran Perdana UPU. Ia adalah saluran alternatif untuk pengambilan pelajar bagi program pengajian Sarjana Muda di UUM. Pengambilan pelajar melalui SALURAN TERBUKA/OPEN CHANNEL hanya terbuka untuk pelajar Malaysia sahaja yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan dan bergantung kepada kekosongan tempat program yang diperuntukkan.
Semua Program Pengajian yang ditawarkan melalui SALURAN TERBUKA/OPEN CHANNEL adalah program yang dilaksanakan secara TANPA SUBSIDI atau FULL FEES. Oleh itu, calon pelajar SALURAN TERBUKA/OPEN CHANNEL perlu membuat bayaran YURAN PENUH sebelum pendaftaran pengajian.
Pemohon perlu memahami terma dan syarat kemasukan serta caj yuran pengajian yang dikenakan sebelum mengemukakan permohonan/setuju terima tawaran.
PENTING: MAKLUMAT PERMOHONAN
Apakah SALURAN TERBUKAUniversiti Utara Malaysia?
Saluran Terbuka Universiti Utara Malaysia (UUM) adalah saluran alternatif untuk pengambilan pelajar bagi program Sarjana Muda tertentu di UUM. Ia merupakan program yang ditawarkan oleh UUM secara laluan komersial selain dari Saluran Perdana (UPU). Pengambilan pelajar melalui OPEN CHANNEL hanya terbuka untuk pelajar Malaysia sahaja yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan. Pelajar-pelajar boleh memasuki program Saluran Terbuka dengan menggunakan kelayakkan STPM, STAM, Matrikulasi, Asasi, A'Level, AUSMAT, International Baccalaureate (IB), Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.
Apakah PERBEZAAN UTAMA Laluan Terbuka berbanding UPU?
Pelajar bagi program Laluan Terbuka UUM (UUM Open Channel) boleh memilih secara terus program Sarjana Muda (Sepenuh Masa) yang diminati bagi kemasukan pengajian di UUM. Berbeza bagi saluran UPU, pelajar hanya boleh memilih program yang diminati, tetapi pemilihan dan penawaran program adalah bergantung kepada kuota dan kelayakan yang tertinggi. Calon terpaksa bersaing dengan calon-calon lain di seluruh Malaysia bagi pemilihan program Sarjana Muda tertentu.
Apakah PERBEZAAN YURANLaluan Terbuka berbanding UPU?
Bagi YURAN PENGAJIAN Saluran Terbuka, pelajar perlu membayar PENUH YURAN PENGAJIAN TANPA SUBSIDI KERAJAAN. Sebagai contoh; bagi Program Sarjana Muda Perakaunan (dengan Kepujian), pelajar perlu membayar Yuran Pengajian sebanyak RM5,000 / setiap semester. Selain itu pelajar perlu membayar Yuran Pendaftaran (Hanya Semester 1 Sahaja) dan Yuran Perkhidmatan dan Yuran Asrama bagi setiap semester. Bagi calon UPU, mereka akan mempolehi bayaran subsidi yuran yang akan diberikan oleh kerajaan Malaysia berdasarkan program-program tertentu.
Senarai Program Yang Ditawar Semester A241
YURAN PENDAFTARAN DAN PERKHIDMATAN
JENIS YURAN |
JUMLAH (RM) |
Yuran Pendaftaran (semester pertama sahaja) |
714 |
Bayaran Perkhidmatan Semester (setiap semester) |
283 |
Penginapan (setiap semester) |
586 |
YURAN PENGAJIAN
PROGRAM |
BIL SEM |
YURAN/SEM2 |
JUMLAH |
PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI |
|||
UU6213001 SARJANA MUDA TEKNOLOGI MEDIA DENGAN KEPUJIAN |
7 |
4,700 |
32,900 |
UU6321001 SARJANA MUDA KOMUNIKASI DENGAN KEPUJIAN |
7 |
4,700 |
37,600 |
PUSAT PENGAJIAN PENGKOMPUTERAN |
|||
UU6481001 SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (TEKNOLOGI MAKLUMAT) |
7 |
4,700 |
32,900 |
UU6481003 SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DENGAN KEPUJIAN |
7 |
4,700 |
32,900 |
PUSAT PENGAJIAN SAINS KUANTITATIF |
|||
UU6461001 SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (MATEMATIK PERNIAGAAN) |
7 |
4,200 |
33,600 |
UU6462001 SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (STATISTIK INDUSTRI) |
7 |
4,200 |
33,600 |
UU6462002 SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (SAINS PEMUTUSAN) |
7 |
4,200 |
33,600 |
PUSAT PENGAJIAN PERAKAUNAN TUNKU PUTERI INTAN SAFINAZ |
|||
UU6344001 SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN |
7 |
5,000 |
40,000 |
UU6344002 SARJANA MUDA PERAKAUNAN (SISTEM MAKLUMAT) DENGAN KEPUJIAN |
7 |
5,000 |
40,000 |
PUSAT PENGAJIAN EKONOMI, KEWANGAN DAN PERBANKAN |
|||
UU6314001 SARJANA MUDA SAINS EKONOMI DENGAN KEPUJIAN |
7 |
4,200 |
33,600 |
UU6343001 SARJANA MUDA KEWANGAN DENGAN KEPUJIAN |
8 |
4,200 |
33,600 |
UU6343003 SARJANA MUDA PERBANKAN DENGAN KEPUJIAN |
7 |
4,200 |
33,600 |
UU6343004 SARJANA MUDA PENGURUSAN RISIKO DAN INSURANS DENGAN KEPUJIAN |
7 |
4,200 |
33,600 |
UU6345004 SARJANA MUDA SAINS PENGURUSAN PERNIAGAANTANI DENGAN KEPUJIAN |
7 |
4,200 |
33,600 |
PUSAT PENGAJIAN PERNIAGAAN ISLAM |
|||
UU6343002 SARJANA MUDA KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM DENGAN KEPUJIAN |
8 |
4,200 |
33,600 |
UU6345010 SARJANA MUDA PENTADBIRAN MUAMALAT DENGAN KEPUJIAN |
8 |
4,200 |
33,600 |
PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN PERNIAGAAN |
|||
UU6342001 SARJANA MUDA PEMASARAN DENGAN KEPUJIAN |
8 |
4,200 |
33,600 |
UU6345003 SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN |
7 |
4,200 |
33,600 |
UU6345005 SARJANA MUDA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DENGAN KEPUJIAN |
8 |
4,200 |
33,600 |
UU6345011 SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN DENGAN KEPUJIAN |
7 |
4,200 |
33,600 |
PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN LOGISTIK |
|||
UU6345012 SARJANA MUDA PENGURUSAN OPERASI DENGAN KEPUJIAN |
7 |
4,200 |
33,600 |
UU6481002 SARJANA MUDA PENGURUSAN TEKNOLOGI DENGAN KEPUJIAN |
7 |
4,200 |
33,600 |
UU6840001 SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (LOGISTIK DAN PENGANGKUTAN) DENGAN KEPUJIAN |
8 |
4,200 |
33,600 |
PUSAT PENGAJIAN ANTARABANGSA |
|||
UU6345006 SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA DENGAN KEPUJIAN |
7 |
4,200 |
33,600 |
UU6345007 SARJANA MUDA PENGURUSAN HAL EHWAL ANTARABANGSA DENGAN KEPUJIAN |
7 |
4,200 |
29,400 |
AKADEMI GOLF NASIONAL (AGN) |
|||
UU6345009 SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (PENGURUSAN GOLF) DENGAN KEPUJIAN |
8 |
4,200 |
33,600 |
PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN PELANCONGAN, HOSPITALITI DAN ACARA |
|||
UU6811001 SARJANA MUDA PENGURUSAN PELANCONGAN DENGAN KEPUJIAN |
7 |
4,200 |
33,600 |
UU6812001 SARJANA MUDA PENGURUSAN HOSPITALITI DENGAN KEPUJIAN |
8 |
4,200 |
33,600 |
UU6812002 SARJANA MUDA PENGURUSAN ACARA DENGAN KEPUJIAN |
7 |
4,200 |
33,600 |
PUSAT PENGAJIAN BAHASA, TAMADUN DAN FALSAFAH |
|||
UU6222001 SARJANA MUDA SASTERA LINGUISTIK DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (DENGAN KEPUJIAN)# |
8 |
4,700 |
37,600 |
UU6222002 SARJANA MUDA SASTERA KESUSASTERAAN KONTEMPORARI DAN PENGURUSAN INDUSTRI KREATIF (DENGAN KEPUJIAN)# |
8 |
4,700 |
37,600 |
UU6224001 SARJANA MUDA LINGUISTIK TERAPAN DAN PENTADBIRAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN |
8 |
4,200 |
33,600 |
UU6227001 SARJANA MUDA SEJARAH GUNAAN DENGAN KEPUJIAN |
7 |
4,200 |
29,400 |
PUSAT PENGAJIAN PSIKOLOGI GUNAAN, DASAR DAN KERJA SOSIAL |
|||
UU6762001 SARJANA MUDA KAUNSELING DENGAN KEPUJIAN # |
8 |
4,200 |
33,600 |
UU6762002 SARJANA MUDA PENGURUSAN KERJA SOSIAL DENGAN KEPUJIAN # |
8 |
4,200 |
33,600 |
# Program bertemu duga
Nota:
1 Termasuk praktikum 1 semester (4 atau 6 bulan) bagi program berkenaan.
2 Yuran pengajian penuh dikenakan ketika semester praktikum.
3 Penawaran program adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang diperlukan. Jika dalam permohonan pilihan program TIDAK TERTERA, program tersebut TIDAK DITAWARKAN pada semester semasa. Pihak Universiti berhak untuk menarik balik program yang ditawarkan sekiranya kuota permohonan telah dipenuhi.
Syarat Kemasukan
SYARAT AM KEMASUKAN
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian (GRED C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian (GRED C) Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) dalam peperiksaan SPM;
dan
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am;
Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
Maklumat Yuran
Kadar bayaran yuran adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa. Bayaran yuran pengajian perlu diselesaikan pada tempoh semester semasa
Yuran Pengajian SBM, SEFB, IBS, STML, SOG, STHEM, SQS
Yuran Pengajian SMMTC, SCIMPA, SOC, SLCP
Yuran Pengajian TISSA (Accounting), SOL (LLB)
Permohonan DIBUKA mulai 15 November 2024 (mulai jam 12:00 tengah hari) dan akan DITUTUPpada 31 Januari 2025 (jam 11:59 malam).
ANDA BERMINAT
Sila mohon segera di pautan ini