EXAMINATION

PERATURAN PEPERIKSAAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA EXAMINATION REGULATIONS

a.  

Calon hendaklah mengambil perhatian yang teliti tentang jadual waktu peperiksaan supaya tidak membuat kesilapan berkenaan masa dan tempat untuk kursus-kursus yang didaftar. Calon dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap hebahan Jabatan Hal Ehwal Akademik melalui laman sesawang rasmi http://hea.uum.edu.my/ dan slip peperiksaan jika terdapat sebarang pindaan kepada jadual waktu peperiksaan. Kesilapan membaca jadual waktu peperiksaan tidak boleh diterima sebagai alasan untuk gagal menghadiri peperiksaan.

b.

Calon hendaklah tiba tepat pada waktu yang ditetapkan. Pelanjutan masa tidak akan dibenarkan kepada Calon, dalam apa jua keadaan sekalipun. Semua Calon dikehendaki membawa bersama mereka, kad pengenalan, slip peperiksaan dan kad matrik masing-masing.  Kebenaran memasuki dewan dan menduduki peperiksaan adalah tertakluk kepada pengemukaan slip peperiksaan. Calon yang tidak mempunyai kad pengenalan  dikehendaki membuktikan kepada Ketua Pengawas atau Pengawas yang bertugas berkenaan dengan pengenalan diri mereka.

 

Calon tidak boleh membawa masuk atau keluar, apa-apa buku, kertas, dokumen, gambar, peranti elektronik atau benda lain ke dalam atau daripada Dewan Peperiksaan kecuali jika dibenarkan oleh Ketua Pengawas. Semasa berada di dalam Dewan Peperiksaan, Calon boleh menerima daripada pengawas, apa-apa buku, kertas, dokumen, gambar, peranti elektronik atau benda lain yang dibenarkan oleh Ketua Pengawas.

c.

Peranti elektronik termasuk telefon pintar dan jam tangan pintar (smartwatch) hendaklah dimatikan dan diletakkan di atas lantai sekiranya dibawa masuk ke dalam Dewan Peperiksaan. Apa-apa alat elektronik lain adalah dilarang untuk dibawa masuk ke dalam Dewan Peperiksaan kecuali dengan kebenaran oleh Ketua Pengawas. Pihak Universiti juga tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan yang berlaku kepada alat-alat tersebut.

d.

Calon dibenarkan membawa masuk dompet dan kotak pensel yang mengandungi alat tulis seperti pen, pensel, pembaris dan kalkulator (tanpa casing/penutup) sahaja ke dalam Dewan Peperiksaan dan hendaklah diletakkan di atas lantai sebelah kanan meja.

e.

Calon tidak dibenarkan masuk ke Dewan Peperiksaan sehingga Ketua Pengawas atau Pengawas yang bertugas membuat pengumuman untuk berbuat demikian. Kebiasaannya Calon dibenarkan untuk masuk ke Dewan Peperiksaan lima belas (15) minit sebelum peperiksaan dijalankan. Calon yang hadir lewat daripada setengah jam (30 minit) setelah peperiksaan dijalankan, tidak boleh dibenarkan masuk ke Dewan Peperiksaan.

 

Peringatan:

Calon yang dihalang dari mengambil peperiksaan dengan alasan yang munasabah berdasarkan Peraturan Peperiksaan Universiti Utara Malaysia (PPUUM) akan diberikan gred ‘X’ dengan matagred 0.0.

f.

Calon dikehendaki duduk di meja peperiksaan mengikut nombor giliran yang ditetapkan di Dewan Peperiksaan dan mengikut kursus yang ditetapkan. Sebelum bermulanya sesuatu peperiksaan, Calon adalah dinasihatkan untuk melihat pelan tempat duduk yang dipaparkan di papan kenyataan di luar Dewan Peperiksaan, satu (1) jam sebelum peperiksaan bermula. Calon dikehendaki mengambil tempat duduk dengan senyap dan teratur.

 

a.  

Candidates must pay careful attention to the examination schedule to avoid mistakes regarding the time and location for registered courses. Candidates are advised to stay informed and updated of announcements from the Academic Affairs Department through the official website at (http://hea.uum.edu.my) and to check the examination slip in case of any changes to the examination schedule. Misreading the examination schedule will not be accepted as an excuse for failure to attend the examination.

b.

Candidates must punctually at the specified time. Extension of time will not be allowed under any circumstances. All candidates are required to bring their identification card, examination slip, and matric card. Permission to enter the hall and sit for the examination is subject to the presentation of the examination slip. Candidates without an identification card must verify their identity to the Chief Invigilator or Invigilator on duty before they are allowed to enter the Examination Hall.

 

Candidates are not allowed to bring in or take out any books, papers, documents, pictures, electronic devices, or other things to or from the Examination Hall, unless permitted by the Chief Invigilator. While in the Examination Hall, candidates may receive from the invigilator any books, papers, documents, pictures, electronic devices, or other things permitted by the Chief Invigilator.

c.

Electronic devices, including smartphones and smartwatches, must be turned off and placed on the floor if brought into the Examination Hall. Any other electronic devices are prohibited unless permitted by the Chief Invigilator. The University is not responsible for any loss or damage to these devices.

d.

Candidates are allowed to bring wallets and pencil cases containing writing tools such as pens, pencils, rulers, and calculators (without casing/cover) into the Examination Hall, and these must be placed on the floor.

e.

Candidates are not allowed to enter the Examination Hall until the Chief Invigilator or Invigilator on duty announces permission to do so. Generally, candidates are allowed to enter the Examination Hall fifteen (15) minutes before the examination begins. Candidates arriving more than thirty (30) minutes after the examination has started will not be permitted to entry the Examination Hall.

 

Reminder:

Candidates who are barred from taking the examination for a valid reason under the Universiti Utara Malaysia Examination Regulations (PPUUM) will be given a grade of 'X' with a grade point of 0.0.

f.

Candidates are required to sit at the examination desk according to the assigned seat number in the Examination Hall and as per the designated course. Before the start of an examination, candidates are advised to check the seating plan displayed on the notice board outside the Examination Hall, one (1) hour before the examination begins. Candidates must take their seats quietly and in an orderly manner.

 

*Kecurangan Akademik: Kecurangan Akademik merangkumi kesalahan–kesalahan berkaitan akademik  yang dinyatakan dalam Peraturan Peperiksaan Universiti Utara Malaysia dan Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (Utara Malaysia) (Tatatertib Pelajar) 2024 termasuklah melakukan plagiat bagi kertas projek, latihan ilmiah atau lain-lain tugasan dan kursus.

 *Academic Dishonesty: Academic Dishonesty includes academic-related offenses as outlined in the Universiti Utara Malaysia Examination Regulations and the University and University College (Universiti Utara Malaysia) (Student Discipline) Rules 2024, such as plagiarism in project papers, academic exercises, or other assignments and courses.