MESYUARAT SARINGAN JKPA UNIVERSITI

Mesyuarat Saringan JKPA Universiti berperanan untuk menyemak dan memperakukan kertas cadangan penawaran program baharu, semakan kurikulum program akademik dan penawaran program akademik secara kerjasama berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan oleh JKPA Universiti, Senat UUM, JPT dan MQA.

PROSES MESYUARAT SARINGAN JKPA UNIVERSITI

Pusat Pengajian yang berhasrat untuk membangunkan program akademik baharu perlu melalui beberapa peringkat kelulusan sebelum program akademik baharu boleh ditawarkan, bergantung kepada jenis program pengajian yang ingin ditawarkan. Bagi program perdana diperingkat prasiswazah dan pascasiswazah, prosedur permohonan boleh merujuk kepada Garis Panduan Pembangunan Akademik UUM.