SEMAKAN KURIKULUM
PROSES SEMAKAN KURIKULUM
Semakan kurikulum adalah proses penambahbaikan sesuatu program akademik yang mesti dijalankan secara berkala dan sistematik bagi memastikan keberkesanan, kualiti dan kelestarian program akademik. Ciri-ciri program akademik yang baik bergantung kepada kurikulum yang fleksibel, dinamik dan relevan. Kurikulum sebegini dapat menyediakan graduan untuk menghadapi pasaran kerja masa hadapan yang mencabar. Untuk memastikan kualiti dan kemampanan program akademik, kurikulumnya mestilah dinamik, relevan, memenuhi keperluan semasa industri dan bersifat tersedia masa hadapan. Justeru, program akademik mesti disemak secara berkala dan sistematik bagi memastikan kurikulum yang berkesan.