SISTEM OUTCOME BASED EDUCATION (OBE)

SISTEM OBE

Pendidikan berasaskan hasil (Outcome Based Education - OBE) adalah proses pembelajaran yang menumpukan kepada hasil pembelajaran iaitu pengetahuan, kemahiran, dan nilai/sikap yang diperoleh pelajar selepas tamat pengajian. OBE memberi fokus kepada penggunaan pernyataan hasil pembelajaran yang jelas untuk pelajar tahu, faham, dan boleh lakukan; penyediaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang akan membantu pelajar mencapai semua hasil pembelajaran yang telah dirancang; dan pentaksiran tahap pencapaian pelajar menggunakan kriteria penilaian yang jelas dan berkesan. UUM telah membangunkan Sistem OBE yang boleh diakses oleh semua pensyarah melalui portal masing-masing.

Image