FUNGSI
-
Menyemak kertas cadangan penawaran program baharu dan semakan semula program berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan oleh Senat, JPT dan MQA;
-
Menyediakan garis panduan berkaitan pembangunan dan pentadbiran akademik selaras dengan dasar-dasar yang dikeluarkan oleh JPT dan MQA;
-
Penyelarasan dalam proses penyediaan dokumen kualiti seperti dokumen COPPA;
-
Menambahbaik Continuous Quality Improvement (CQI) sedia ada seperti mana pelaksanaan Assurance of Learning (AoL) oleh program yang mendapat akreditasi AACSB;
-
Menilai keperluan sama ada untuk menjumud, membeku atau melupuskan program dan menguruskan proses penjumudan, pembekuan dan perlupusan program yang berkaitan;
-
Pematuhan kepada OBE dalam proses penyediaan kurikulum;
-
Menjadi pakar rujuk oleh pusat pengajian dalam hal berkaitan pembangunan program akademik dan kurikulum;
-
Menjadi urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Akademik Universiti (JKPAU);
-
Menjadi sekretariat menguruskan keperluan data dan sumber berkaitan dengan dasar KPT kepada pihak Bahagian Kecemerlangan Akademik, Kementerian Pengajian Tinggi (BKA, KPT); dan
-
Menyelaras pembangunan program Mod Open and Distance Learning (ODL).