W3C | Feedback | Site Map | FAQs | Support   redgreenblue  Facebook Youtube Twitter 

UUM DIANUGERAHKAN PIALA CIPTA ANJURAN MOSTI

UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berjaya  memenangi Anugerah CIPTA anjuran Kementerian Sains ,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui program Anugerah Inovasi Negara (AIN) 2012 bersempena Persidangan dan Pameran Inovasi Kebangsaan (NICE-National Innovation Conference and Exhibition) 2012, World Innovation Forum Kuala Lumpur, BioMalaysia dan Nano Malaysia Summit yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre pada 5 hingga 7 November 2012.

Dengan kejayaan ini, dua pelajar College of Business (UUM COB) iaitu Brian Law Chi Sin dan Darren Lee Boo Lye  telah berjaya membawa pulang hadiah berupa  wang tunai sebanyak RM15 ribu beserta piala dan sijil. Kemenangan ini diperolehi hasil rekacipta yang bertajuk ?coin management system ?.

Anugerah CIPTA bagi kategori universiti merupakan satu program yang dipanggil Makeweekend diperkenalkan untuk mencari minda muda yang terbaik  dan inovatif dan bercirikan keusahawanan di Malaysia dimana pasukan belia bersaing untuk membina prototaip produk yang paling inovatif, perkhidmatan, atau inisiatif sosial.

Naib Canselor UUM, Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak semasa diminta mengulas kejayaan ini  berkata, UUM amat berbangga dengan pencapaian ini dan memerlukan ramai lagi mahasiswa untuk menghasilkan idea dan inovasi seperti ini.

?Kita memerlukan ramai lagi mahasiswa untuk menghasilkan idea dan inovasi seperti ini dan menjadi juara dalam apa jua pertandingan.

?Ini kerana kita yakin hasilnya nanti memberi kesan dan faedah yang baik untuk negara dan sekali gus dapat mengangkat martabat UUM di persada nasional dan antarabangsa,? katanya.

Tambah beliau, kejayaan ini amat penting bagi UUM kerana melalui pencapaian ini, maka kita akan dapat membuktikan kepada pihak luar bahawa mahasiswa UUM sentiasa gigih berusaha menjana idea dan kreativiti untuk menghasilkan produk yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.

?Kita perlu membina semangat inovasi dalam setiap lapisan masyarakat, bermula dengan generasi muda khususnya mahasiswa untuk menjana ilmu bagi menggerakkan transformasi negara, dan ini amat  penting selaras dengan usaha untuk mempastikan negara ini terus meningkat maju pada masa depan,? tambah beliau lagi.

Katanya lagi, UUM sentiasa memberi sokongan kepada semua mahasiswa untuk menghasilkan penciptaan produk?produk terbaru melalui penyelidikan yang dilaksanakan bersama tenaga akademik Universiti. Usaha ini adalah selari dengan matlamat UUM untuk mencapai status Universiti Penyelidikan dalam bidang Sains Sosial menjelang tahun 2013 seperti sasaran yang ditetapkan oleh Universiti ini.

?JOM MASUK U? PELUANG MASYARAKAT DAPAT MAKLUMAT TEPAT

UUM ONLINE: Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013 "Jom Masuk U" yang bermula 16 Februari lalu dan berakhir semalam (17 Februari) telah membuka peluang bukan sahaja kepada pelajar malah ibu bapa dan guru untuk mengetahui maklumat mengenai Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Rosna Awang Hashim berkata, karnival tahunan ini memberi peluang kepada seluruh anggota masyarakat terutama pelajar untuk mengetahui secara tepat mengenai sesuatu maklumat.

?Karnival ini bukan sahaja dapat mendekatkan IPT dengan masyarakat, malah pada masa yang sama dapat menjalinkan hubungan, sekali gus memudahkan pelajar dan ibu bapa mendapat maklumat tepat mengenai institusi kursus-kursus yang ditawarkan,? ujar beliau.

Katanya lagi, ini terbukti dengan kehadiran begitu ramai pengunjung yang menunjukkan tahap kesedaran dalam kalangan pelajar dan ibu bapa terhadap kepentingan melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi semakin bertambah.

Sementara itu, salah seorang orang artis yang melanjutkan pengajian secara Mod Eksekutif di UUM, Suffian Saujana berkata, pengajuran ?Jom Masuk U? ini telah memberi peluang kepada beliau dan rakan-rakan untuk mengajak remaja untuk mendalami ilmu.

?Adalah menjadi satu tanggungjawab kami untuk berkongsi pengalaman belajar yang dilalui bersama-sama pelajar dan pada masa yang sama dapat menjadi contoh kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,? ujar beliau.

Ahmad Azizian, 48 dari Anak Bukit yang mengunjungi karnival bersama keluarga pula berpendapat, penganjuran seperti ini perlu diadakan secara lebih kerap untuk memberi motivasi kepada generasi muda untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

?Setiap ibu bapa mengimpikan anak-anak mereka berjaya melanjutkan pengajian ke universiti, dan karnival seperti ini adalah tempat yang sesuai untuk menerima pendedahan,? ujar beliau.

Sementara itu, Mastura Rosli, pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang berkata, karnival ini banyak memberi input tentang program pendidikan yang diminatinya.

Beliau yang bercita-cita menjadi guru tidak melepaskan peluang berkunjung ke gerai pameran institusi yang menawarkan program pendidikan seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Dalam pada itu, karnival dua hari ini telah disertai oleh 139 agensi terdiri daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam, Institusi Pengajian Tinggi Swasta, agensi di bawah kementerian-kementerian dan agensi pembiayaan pendidikan.

 

===============================

DARIPADA:

SEKSYEN MEDIA

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

TEL.: 04-928 3007/3014/3066/4078

FAKS: 04-928 3016

E-MEL: ukkuum@uum.edu.my

More Articles ...

  1. Bulletin

Quick Link

international intake-new academic guide-new

Visitor